Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.
Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details."
"Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya"
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit".
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
"Oh ya, mama salah tadi..sorry"
Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang"
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting :)
Tq aunty.
Kredit : Nurul Atika Moktar
Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts
Saturday, May 11, 2019
Sunday, May 8, 2016
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
Jom ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
Lokasi: MAEPS, Serdang.
Pengalaman pertama ke Pesta Buku. Dalam hati, teruja dapat En.Husband yang memahami keinginan seorang isteri. Love You b. Bersama anak kesayangan, Muhammad Fareez (lena anak mama tido, dari sampai ke sini hingga balik). Tambahan, adik kesayangan yg xpernah ke Pesta Buku (saya pun sama).
Walaupun, panas terik ke Pesta Buku. Parking pun agak jauh & siap kene cas lagi parking RM3. Sampai je ke lokasi, kami kene cari Map dulu. Cari booth Karya Seni & SR Publication. Kene fokus tujuan pertama dulu. Kalau x, hilang arah nnt. Teruja tgok semua buku-buku kat sana.
Jam 1pm, ke booth SR Publication dulu disebabkan itu booth paling dekat dengan pintu masuk Dewan A2. Rasa teruja dapat tgok buku Terbaru Siti Rosmizah "RINDU AWAK SEPARUH NYAWA). Lepas nampak buku baru la perasan penulis nya pun ada sekali. Arghhhhh....excited giler seriously. Kelam-kabut nk beli novel nya & nk dapatkan autograph skali. But sadly, booth SR xboleh guna Voucher Buku 1Malaysia. Terpaksalah redha, bayar cash RM32 (Normal Price: RM40). Siap je beli, cepat-cepat dapatkan autograph dari penulis, SITI ROSMIZAH. Terima kasih...
Selepas sahaja sesi nie, berjalan ke booth-both lain. Hilangkan rasa teruja tadi. Tak boleh nak digambarkan, 1st time jumpe penulis. Kalau sebelum ni, dapatkan autograph dari Siti Rosmizah dengan membeli buku dari pihak kedua. Tapi hari nie, dapat jumpe face by face. Happy...
Dah penat berjalan ke booth-booth, lokasi terakhir ke Karya Seni. Booth paling hujung & jauh. Sampai je ke booth Karya Seni, nampak pula penulis Zura Asyfar. Tambah lagi teruja nie. Adesss...kelam kabut cari Novel Terbaru Zura Asyfar "Assalamualaikum Cinta". Untuk dapatkan autogragh ada lagi 30minit (debar dah nie coz ada novel lain nk beli). Alhamdulillah, kat sini boleh guna Voucher Buku 1Malaysia. Voucher RM50 terbang untuk Novel Assalamualaikum Cinta, Zura Asyfar & Novel Mencari Si Pelengkap Hati, Farisha Imani. Selesai membeli, apa lagi....sesi Autograph la & sempat berbual dengan Zura Asyfar dimana drama Assalamualaikum Cinta lakonan Emma Maembong akan disiarkan di tv dalam bulan Jun ini, sekarang baru hari ke-8 shooting & karya novelnya pula adalah berpandukan skrip drama tersebut (patotla tebal).
Zura Asyfar & Me.....
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Ini Hasilnya...Membeli sambil mengejar masa.
Selesai Tujuan Utama:
Novel Rindu Awak Separuh Nyawa &
Novel Assalamualaikum Cinta
Tambahan, Novel Mencari Si Pelengkap Hati.
Ok Done....Jam 2.30ptg. Selesai....
Terima Kasih PBAKL. Jumpa Lagi Tahun Depan.
Thursday, October 2, 2014
Rumah PertamaKu
Terima Kasih GooGle...Dapat Snap Gmbr RuMah PerTamaKu...
Tempat aku Belajar Merangkak, Berjalan, Jatuh Basikal, Belajar Bawak Motor (yg mmg xlepas2). & Tmpt ku Belajar Kereta.
Huhuhuhu....sedihnya. Klo ikutkan, banyak lagi cerita nk kongsi dalam nie..
Pokok asam....nk masak kari masak dal, wajib letak asam nie. Hehehe....Sedap. Ummpp!!!
Sekarang, pokok nie xberbuah dah. Sbb tuan rumah xde. Pokok pun kenal tuan. Jgn2 main2. Hehehe.
Wednesday, October 1, 2014
Schedule Of Work
Kenape aku perlu buat kerja nie??? Saya hanya dibayar gaji sebagai kerani sahaja....tulis segala jenis surat. Huhuhuhu. Apakah Ini Dugaan untuk Ke SyurgaMu??
Ya Allah, Hanya Engkau yang mampu membalasnya....Amin
Okey....sambung balik kerja. ❤.♡.❤.♡.❤
Tuesday, September 30, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Wednesday, July 2, 2014
Saturday, May 31, 2014
Sunday, May 4, 2014
Cara Buat Ribbon
Cara Buat Ribbon... (Simple Rupenya)
1st Step
2nd Step
3rd Step
4th Step
5th Step
Last Step
Tadaaaa....
Tuesday, April 29, 2014
Dream Dress For My Wedding
Baju Nikah...nk sgt pakai baju nie. Simple & Lovely. Akan buat tempahan t.
InsyAllah. Jika jodohKu dah smpai.
Tuk Sanding pulak...lawa yer baju ni. Teringin la jugak. Nk kene cari kat Indon tu. Huhuhu.
Love it.
Wednesday, February 12, 2014
Lifestyle Pedih Ulu Hati
Sedihnya ade sakit ulu hati. Dalam proses menghindari daripada selalu kene sakit. Tambahan pula, My love pun termasuk dalam golongan nie dh. Moga ini adalah satu ujian daripada Allah untuk umatnya. Amin.
Artikel bawah ni, saya copy dari blog ini.
Modification lifestyle untuk pedih ulu hati.
- Bagi pesakit obes, penurunan berat badan ke tahap yg ideal dpt mengurangkan masalah ini
- Naikkan kepala anda atau gunakan bantal yg banyak utk meninggikan paras kepala anda semasa tidur..menaikkan paras kepala anda sbyk 15-20 cm dpt membantu anda mengurangkan masalah pedih ulu hati dgn efektif semasa anda tidur
- tidur secara mengiring ke sebelah kiri juga dpt membantu anda dlm masalah ini
- kajian mendapati, bagi mereka yg elakkan makan sekurang2nya 2 jam sebelum tidur dpt mengurangkan masalah ini
- merokok akan menerukkan lagi masalah pedih ulu hati anda kerana merokok boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus anda yg mengawal refluks asid ke dlm esofagus
- makan dlm kuantiti yg sedikit tetapi kerap. sbg contoh makan 4-6 kali sehari dlm kuantiti yg kecil adalah lebih baik drpd makan sbyk 3 kali dlm kuantiti yg besar
- anda disarankan utk tidak baring dlm masa lebih kurang 4 jam selepas anda makan
- makanan berlemak dan pedas boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus anda..selain itu makanan yang berasaskan tomato, bawang putih dan lada hitam adalah antara makanan yg boleh memudaratkan masalah anda selain drpd jus2 sitrus..oleh itu, cuba elakkan makanan2 ini atau ambil dlm kuantiti yg sedikit.
- kurangkan atau berhenti meminum kopi dan teh, bg mereka yang mengamalkan minuman alkohol, berhenti drpd mengambil minuman ini dpt membantu dlm mslh pedih ulu hati
- setiap kali anda makan, amalkan kunyah dgn banyak sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih byk bilangan anda mengunyah, lebih banyak enzim yg akan dirembeskan bersama air liur yg berupaya utk meneutralkan asid di dlm makanan anda
- posisi semasa makan haruslah betul iaitu duduk dgn tegak..jangan makan dlm keadaan baring atau berdiri...elakkan membongkok ke hadapan selepas makan kerana ini boleh meningkatkan refluks asid
- elakkan memakai pakaian yg sgt ketat atau tali pinggang ketat di bhg perut anda...pakai pakaian yg longgar di bhg perut.
- elakkan mengangkat benda2 berat atau melakukan kerja2 berat kerana ini akan menyebabkan otot di abdomen anda mengecut dan meningkatkan peratusan refluks
Sunday, December 29, 2013
ISLAMIC CALENDAR
Made by my own. Sebab takut terlupa mse yang sunat puasa & haram puasa & wajib puasa (macam duk kat oversea lak). :) Creativity & Design: Copy from Solusi Kalendar 2013. Untuk event 2014 nie...mesti la rujuk kalendar Islam dulu. So...sy share kat semua. Moga semua Ibadah kita diteruskan untuk tahun depan. Lupakan tentang harga2 barang yang naik. Maybe ade hikmah disebaliknya. TQ for visit my blog. Love you all.
Wednesday, August 21, 2013
MalaysiaKu BerDauLaT: TanaH TumPahNya DaRaHKu...
A : Awak Tahu Sekarang Bulan Ape?
Saya : Bulan Ogos Tuan.
A : Dalam bulan Ogos ade bulan ape g?
Saya : Bulan Syawal Tuan.
A : Kami ni bukan Jabatan Agama, awak nk ckp psal bulan Syawal.
S : Ermmm...maksud Tuan...bulan ape lagi?? Bulan Kemerdekaan ke Tuan?
A : Ye....tu yang saya nk awak jawab (pening kepala)
Huhu....die xfikir saya ni. Lagi pening nk pk. Bulan ape. Huuhuhu
.....Next Question.....
A : Awak tahu sekarang kita dah berape tahun merdeka?
Saya : Ermm...Kejap ye, saya nk kira....1957-2013 = 56 Tuan...
(pending la plk...kene kira lagi)
.....Next Question.....
A : Apakah tema kemerdekaan pada tahun ni?.....
Saya : Maaf Tuan, Sungguh saya xigt & Xtahu la senang. (Padan muke kene ceramah)
All of this convesation are to say to Malaysian Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke-56. And To the Judge A, Thx sbb interview sy dan, mengingatkan saya berapa pentingnya kemerdekaan.
Semoga saya dapat job yang saya mohon. Sempat lg. Mne Tahu Rezeki Saya. Amin...
Sunday, June 30, 2013
NanoWhite Infinity : Always for My Love & Beautiful Face
NANOwhite Infinity... I Brought this for my first salary. Consists of Day Vege-moister SPF30+, Refining Astringent Mist, & Sparkling Foam Cleanser. All in one Box : RM 70.88 (At Guardian Muar - Free RM 5 cuopon). And with full of suprises, Free Hidrating Whitening Mask, maybe because I'm too friendly with the promoter, who knows. Love it. Selamat mencuba this new product from NanoWhite.
Sunday, May 26, 2013
With HandSome BoY
Nk pujuk dia punya pasal. SNAP...Snap Gambar. Hehehe. In MaRinA BaY SinGaPore!!!
Fun Time WitH MaDagAscAr StorY....with Love HanDsoMe Boy & LOve DaD!!
Wednesday, January 9, 2013
Last Examination in UTHM
Da xde exam da lepas ni kat UTHM... i will miss it.
Study Hard...not study SMART.
This is My beautiful Examination Hall. Dan di sini lah nanti my konvo will be held at the end of this year. Lame tu nk tggu. Itulah pengorbanan seorang pelajar. :)
Monday, October 8, 2012
Ingat kan Jus Epal...Rupanya!!!
Xtaw la....npe akhir-akhir nie, asik mengidam nk minum jus je. Dah la kat AWANA (kedai mkn area parit raja) nie xde minuman jus-jus nie. Terpaksa la beli kat 7eleven. Nasib sebelah je, klo tidak. Kempunan la tekak nie, nk minum jus. Semalam minum jus epal merah. Sedap la jugak, minum xabeh lak tu. Ade lagi simpan kat meja study, wat hiasan. Hari nie, mengidam lagi. G lagi beli jus kat 7eleven. Dalam ati, beli la air ape pun, janji jus. Terpandang la air botol nie...(lihat di bawah yer). Dengan mata yang hanya melihat gambar kat botol nie, dan tertulis perkataan Sour disitu....saya fikir, ini adalah jus epal hijau. Buah kegemaran saya, sebelum epal merah. G la bayar...dengan niat, semalam da minum epal merah, arini minum jus yang masam lak, epal hijau.
Sampai je kat kedai makan, kawan tegur. "Nani minum yer durian...?". Meremang segala bulu roma, bile dgr perkataan durian. Then kawan ckp lagi. "Fiza minum durian belanda, sedap..." Dalam ati, uhhhh...selamat durian belanda rupenya. Tapi saya xpernah minum. Mcm mne nk cover nie?? Silap beli da nie.
Tanpa baca dan lihat jus tu...saya minum je la. Uhhhhh...sedap gak, sbb ade masam-masam sikit. Hehehe. Nasib la durian belanda kan. Klo pure durian xtaw la nk cover camne. Hahaha....
Moral of the value hari ini: Nk beli tu, baca betul-betul nama barang nie semua. Jangan main sebat je. Kan da kene batang hidung sendiri. Tu naseb jus die xrase pelik-pelik. Hehehe.
Weekend at Sentosa Island
Trip With My frenz at Sentosa Island...

Xtaw nk pose kat mne...Hehe peluk la tiang nie. Lawa gak.
Berpaut di tong sampah....coz tong smpah die bersih la, not like Msia. Sorry...hehe
Had fun with all my frenz...included the lecturer.
Pisss...I'm ride the skyride. Best sgt....
With one of my frenz...Fiza!!!
Syafa...u'r the best frenz...yg meninggal kan saya jauh. Hehehe. Seram gak naek skyride nie mlm2 lak tu.
Lastly, boleh x klo saya nk pegi sana lagi? Xpuas la maen. Cepat sangat masa berlalu. Hope will go there soon. :)
Monday, September 17, 2012
Aku Takut Untuk Mencintai & Dicintai
Ya Allah...
Jantung ku berdegup kencang.
Ape perlu aku buat??
Hatiku telah ku tutup untuk mencintai & dicintai...
Kerna hanya kepada Mu...akan ku memberi dan menerima CINTA-Mu...
Aku takut, Ya Allah. Aku takut untuk ini lagi.
Aku takut untuk mengalirkan mutiara yang Engkau cipta.
Aku takut hati ku berdarah...untuk kali kedua.
Aku takut, Ya Allah...
Wednesday, August 29, 2012
Menghilangkan Stress dengan CINTA
Ermmmm...saya stress lepas presentation di JKR. Ermmmm...npe saya dapat tajuk yang membangkang kerja-kerja JKR??? Hidup....hidup...
Nk release tension mcm mne?? Mcm2 lagu da dgr...layan movie?? ermmm....okey!!! Saya Cube....
Maharku Untukmu
Nk release tension mcm mne?? Mcm2 lagu da dgr...layan movie?? ermmm....okey!!! Saya Cube....
Best cite nie....smpai lewat mlm sy tido. But I still stress...
Tukar mood!!! mnghabiskan masa dengan melayan novel. Huhuhu...Menghabis kan dwit lagi....dengan membeli novel. Hidup2...ape nk jadi la ngan saya skunk nie. Hehehe...gile stress!! Mcm mne la...nk layan novel klo stress?? Give me some idea....
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Novel ini menceritakan mengenai Kisah Hidup Adeena. Seorang gadis yang suka memendam perasaanNya dengan seorang lelaki yang menyukainy...
-
Keje aku yang makan gaji ni lah, engkau xsuke. Aku Redha * Cabaran dengan suami aku yang jauh. Xdapat tgok anak besar depan m...
-
SOTO AYAM Bahan Untuk Kuah Soto:- 2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan 20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cu...






































