Showing posts with label Muhammad Fareez. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Fareez. Show all posts

Saturday, May 11, 2019

Tips Ajar Anak

Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.

Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.

Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.

Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details."

"Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya"

Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit".

Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan.

Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.

"Oh ya, mama salah tadi..sorry"

Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.

You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?

Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang"

okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.

Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?

Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting :)

Tq aunty.
Kredit : Nurul Atika Moktar

Sunday, February 14, 2016

14th FebRuaRy 2016 - Lahirlah Putera SulungKu

Lahirlah Putera SulungKu


2 Bulan 
Saat Sedih & Gembira Buat Mama & Papa,
Anak Mama ada Dirahim Mama, 
Menanti 9 Bulan dirahimMu, 
 
Ketika Engkau dirahimKu, 
Engkau diusah tiap detik hariKu, 
Kerna Aku Tak sabar MelihatMu, 

Ketika Engkau dirahimKu, 
Pelbagai telatah yang Engkau tunjukkan, 
Ku dapat merasai tanganMu,
 Ku dapat merasai kakiMu,

Ketika Engkau dirahimKu,
Engkaulah Perwiraku, 
Lahirnya Engkau Ku kucup DahiMu,
RinduKu akan bertambah KepadaMu,
Kerna Engkau Putera SulungKu.

Muhammad Fareez Bin Muhamad Rizzuan:
Ksatria yang Terpuji

Moga Engkau Membesar dengan Sihat, Menjadi Anak Soleh 
& Menjadi Hamba Allah menuju Ke Syurga...Aminn

 

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers