Monday, July 9, 2012
Seharum Wangian Syurga
Best kisah novel ini....tapi saya xbace part konflik. Sebab buat pertama kali saya xde sebarang semangat tuk terima fitnah seorang ustaz muda, Aliff. Oleh itu, seribu satu kesabaran diperlukan untuk bace novel ini. Tapi saya xboleh nk teruskan yer, sbb terlalu hina bagi saya.
Sinopsis:
ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya diputuskan kerana fitnah. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau.
Sebuah Perkahwinan...............
Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.
Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk menunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah.
Akhirnya, mereka diijab kabul untuk bersama. Ini adalah jodoh mereka berdua. Kerna Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.
Sunday, July 8, 2012
Futsal Di Taman Sri Treh
Sowi...no picture 2 share, lupe la nk amek gambar. Excited sgt tgok bola yang satu. Hehehe...
Mengisi masa lapangku dengan menonton perlawanan Futsal Di Taman Sri Treh bagi Piala Dato' Saiful.
First time saya tgok owg maen futsal dekat padang rumput....tp best gak. Xde la lame and ramai player yang maen. Match start kul 10pagi dan tamat jam 6ptg. Yang disertai oleh 16 pasukan. Ramai tu....
Time sesi pagi....rmai la. Time petang, kurang da penontonnya. Sbb nye, taw2 je la. Ramai yang balek sbb kalah. Da kalahkan, watpe nk tgok. Tp, saya yang xmaen p0wn, nk tgok....sbb yer bosan duk uma. And EPL belum start g. Dahaga tgok bola...
Dengan suasana yang becak (Becak ke lecak?? hehehe lemah BM sowi)...semua team yang maen semangat sgt2 wei. Sanggup maen semata2 nk menang. Memangla nk menang, xkan diowg nk kalahkan. Hahahaha.
Dan perlawanan yang Final adalah yang paling mantap la...antara kumpulan Bananana and AZ FC (walaupun xfamous). Time nie, baru la dapat rase semua owg tonton dengan khusyuknya. Klo perlawanan sebelumnya, sesetengah owg je yang tgok. Nk sorak p0wn segan, al-maklumla....saya nie p0mpuan. Sorak diam2 sudah.
Kat sini, dapat la tgok2 owg2 muar maen bola. Yg saya tahu, yang maen dalam liga Msia p0wn ade gak join, tp hehehe....saya xkenal la.
Hope ade lagi aktiviti menarik tiap2 hujung minggu nanti.
Wednesday, July 4, 2012
Jauh
- Kisah mengenai kehidupan Ika dan Zahar yang perlu disatukan atas dasar Perniagaan.
- Bukannya cinta.
- Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan.
- Ika pergi ke UK untuk mencari ketenangan dan melawat keluarga ibu saudaranya.
- Di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri.
- Hatinya bertambah berani untuk memikirkan mengenai keputusannya untuk memutuskan pertunangannya dengan Zahar sekembalinya ke tanah air kerana cinta dan rindu kepada Fikri telah bersemi di luar negara.
- Setelah Ika kembali ke tanah air, dia memutuskan pertunangan dengan Zahar dan dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul.
- Ika sabar dan sentiasa membayangkan kata-kata Fikri walaupun beliau tiada disisinya ketika itu.
- Setelah dua tahun berlalu Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula.
- And......happy ending
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Novel ini menceritakan mengenai Kisah Hidup Adeena. Seorang gadis yang suka memendam perasaanNya dengan seorang lelaki yang menyukainy...
-
EASY SOFIYA Instant Shawl !!! By AIDA NAIM COLLECTION!!! Shawl isteimewa soft awning dijahit bercantum yang membuatkan anda r...
-
6 bulan 26 Hari... Raisha Dah Pandai Duduk dah....pandai nya anak mama duduk.



