Cinta
itu buta. Cinta tidak mengira pangkat. Zainal yang hanya ingin membantu
Kamilia Najwa daripada sesat, jatuh cinta akhirnya kepada Kamilia.
Meraka akhirnya berkahwin tanpa persetujuan kedua ibu bapa Kamilia.
Kamilia akhir akur dengan tindakan family nya. Terdapat seribu persoalan
dimana berlakunya perpisahan di antara mereka. Sebabnya???
Bermula
daripada rancangan ayah Kamilia yang ingin memisahkannya dengan Zainal
supaya berkahwin dengan Azman, anak sajabat rakan kongsinya. Tetapi
hubungan Kamilia dengan Azman adalah sekadar kawan biasa sahaja. Kerana
walaupun berlaku perpisahan diantara dirinya denan Zainal. Hati Kamilia
hanyalah untuk Zainal selamanya. Hinggalah Kamilia melahirkan seorang
anak bernama Misya. Hubungan antara Kamilia dengan Zainal.
Perpisahan
mereka berlaku selama 9 tahun. Tanpa sebarang khabar berita. 9
Tahun...baru Zainal muncul...kemana dan mengapa baru sekarang Zainal
muncul?? Dan kemunculan beliau adalah untuk berjumpa dengan anaknya,
Misya.
Persoalan
mengapa Zainal baru muncul setelah sekian lama? Ia adalah rancangan
ayah Kamilia juga, yang telah insaf daripada perbuatan nya yang lama.
Yang memisahkan Zainal dan Kamilia.
Zainal
dan Kamilia telah berkahwin semula...Bagaimana hidup mereka?? Kehidupan
Kamilia tidak teratur kerana dia tidak mengetahui sebab sebenar Zainal
berpisah dengannya dulu selama 9 Tahun...
Rahsia
yang terpendam oleh Zainal akhirnya pecah. Setelah adik Zainal, Yani
menceritakan mengenai hal sebenar perpisahan mereka. Perit sungguh
kehidupan Zainal yang terpaksa memilih hanya satu daripada dua
pengorbanan pada 9 tahun dahulu, antara Kamilia atau Famili nya.
Bagaimana ia berlaku??
Ayah
Kamilia telah menarik pinjaman pembelajaran adik-adik Zainal yang
sedang belajar. Dan Zainal tiada pilihan lain, hanya dengan cara
meninggalkan Kamilia seorang diri di London. Dan pada masa yang sama,
Zainal tidak mengetahui bahawa Kamilia sedang mengandung ketika itu. Dan
hanya masa yang menentukan hubungan mereka.
Setelah
cerita sebenar terbongkar, Kamilia marah dengan ayahnya sendiri. Dan
berlaku pertelingkahan. Sehinggalah Kamilia memaafkan ayahnya setelah
dipujuk oleh Zainal. Dan lahirlah anak mereka yang kedua...
Tamat....