Tuesday, March 26, 2013

Kekasih Halal

Novel ketiga Orkid Edyliyne yg terbaik...Thank you sebab tulis novel ini untuk peminat mcm sy ni. 


Novel ini mengisahkan mengenai Seorang gadis bernama Lutfa Shirin Mawar. Dan seorang jejaka bernama Feroz. Mereka berkahwin atas kehendak kedua-dua family. Maksudnya mereka tidak kenal pun antara satu sama lain. Lutfa yang baru pelajar tahun satu manakala Feroz pelajar tahun empat di universiti yang sama di Kelantan. Dan mereka sering kali bertemu di stesen bas, sewaktu pulang dr johor-kelantan sebelum mereka berkahwin. 

Selepas perkahwinan...hidup mereka bahagia sgt2. Dan sgt2 romantik, (rasa nk bace lg novel ni) tapi....Terdapat halangan dalam perkahwinan mereka dan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh gadis bernama Lutfa. Irin....itulah name yang sentiasa dalam ingatan Lutfa. Dan nama yang sentiasa berada dalam hati suaminya, Feroz. Sedih sungguh kepada Lutfa. Tidak ada ruang walaupun sedikit dalam hati Feroz untuk Lutfa. Semuanya penuh dengan kebencian kepada Lutfa. Perkahwinan yang Lutfa impikan bahagia adlh salah. Ia penuh dengan lakonan semata. Lakonan untuk mendapatkan zuriat buat kekasih Feroz, Irin. 

Selepas mengetahui kebenaran mengenai hati Feroz dalam diam. Lutfa telah tanamkan usaha untuk meminta Feroz melepaskannya. Tapi perkara itu tidak berlaku apabila berlakunya kecurangan kekasihnya, Irin. Satu scene yang menyedarkan Feroz: Luahan seoarang isteri kepada Feroz.

"Pernah ke awak jujur dengan orang, Feroz?"...
"Pernah ke awak hargai apa yang ada depan mata awak, Feroz?"...
"Kalau saya tak wujud dalam hidup awak, bahagia ke awak terus dengan kehidupan awak dulu, tak tahu mana yang halal, mana yang haram?"...
"Kenapa awak susah nak berubah, Feroz? Kenapa keras sangat hati awak, Feroz? Kenapa awak suka menyalahkan orang lain bila apa yang awak nak, awak tak boleh dapat?"...
"Saya ni awak buat macam anak patung. Awak lepaskan semua yang buruk pada saya."...
"Tak ada sikit pun perasaan belas awak pada saya, Feroz? Klo bukan sebagai suami, sebagai seorang manusia, tak ada ke semua tu, Feroz? Saya diam selagi saya mampu tanggung semuanya. Saya perhatikan selagi saya mampu bertahan. Tapi awak dah melampau."...
"Saya jugak manusia macam awak, Feroz. Saya juga ada perasaan."...

Selepas melepaskan segala yang ada didalam pemikiran Lutfa...darah. Lutfa mengalami pendarahan akibat berlakunya penolakan semasa Feroz lepas geram kepada isterinya. Lutfa dibawa ke hospital. Dan apabila Lutfa sedar. Perubahan berlaku atas Lutfa. Lutfa membenci akan suaminya Feroz. Dan tiada ruang walaupun sedikit kepada Feroz. Sakit...sangat sakit. Semua kebencian diberikan kepada Feroz, tapi Lutfa sedih dengan sikapnya itu. Kerana bukan kehendak dirinya untuk membenci. Tapi hatinya, yang sangat sakit. 

Kisah lampau Lutfa menjadi jalan penyelesaian dalam masalah hubungan mereka suami isteri. Sungguh tidak percaya, gadis yang dikenali semasa dibangku sekolah dan berpisah adalah isterinya. Dan bagi Lutfa, seorang abg yang disayanginya berpisah tanpa khabar berita dan bercita-cita untuk mengahwininya apabila mereka besar nanti adalah suaminya, Feroz. Bahagia. Itulah kata-kata yang boleh diungkap disini. Malangnya....

Ada manusia yang tidak senang dengan kebahagiaan mereka. Sehingga berlakunya pertumpahan darah. Kedua-dua mereka cedera, dan kandungan Lutfa terpaksa dibedah. Manakala kes cubaan membunuh itu dibawa ke mahkamah. Irin...bekas kekasih Feroz. Dialah manusia yang membencikan kebahagian Feroz dan Lutfa. Setelah kes mereka selesai. Mereka hidup bahagia....dan bahagia...Ahmad Ryan Farrez. Nama yang tersemat dalam hati mereka berdua. 

Thanks kepada penulis....sebab menulis satu jalan cerita yang sangat ringkas, padat dan penuh dengan pelbagai klimaks. This is the best novel. Hope you will write the best...and best ever novel selepas ini. Saya doakan. Dan saya akan jadi peminat setia Orkid Edyliyne. Love You... 

Thursday, March 21, 2013

Queen of Ambition

Asik cerita psal novel je. Arini lain pulak. Cerita psal drama korea yang digilai oleh Family KU.....

Disebabkan saya ni belum bekerja lagi. Saya diberikan tugasan oleh Akak sy yang tercinta untuk download drama ni. Ini la dramanya ye. Seperti gambar dan tajuk di atas tu... Blom download lagi ni. Baru cari website tuk download. Al-maklumla, sebab utama download...kat tv tu lambat sangat tayangnya, plus kena tunggu setiap minggu. Nk express, download la. Satu hari tgok da abeh da. Macam bace novel2 tu. Hehehe....

Xmaw la cerita byk2. Sbb sy pun xtgok lagi. Yang saya tahu. Hero cite ni Handsome, & jalan cerita die Best....Ok!!! Click here to download it. Bukan website saya ye. Website orang. Tolong promote pulak. Hehehe. Pape pun. Selamat menonton. 

Friday, March 8, 2013

SeGaLaNyA MuNgKiN - Nieya Jalies


Segalanya mungkin... Satu novel yang mengisahkan mengenai NUR MIA:
  • Nur Mia...anak tunggal En. Saufi. 
  • Hidup bersama baba dan tanpa seorang ibu.
  • Mia terpaksa bersetuju dengan keputusan babanya kerna sangat menyayangi baba. 
  • Persetujuannya adalah dengan satu ikatan perkahwinan dengan anak Datuk Masyur, Muaz. 
  • Muaz telah mempercepat majlis perkahwinan kerna pada Muaz, Mia sgt gatal dan hanya mengejarkan  harta, sama seperti perempuan2 yg lain. 
  • Perkahwinan yang diharapkan bahagia oleh Mia hanya mimpi. 
  • Pada malam pertama, Muaz telah memberikan amaran kepada Mia agar hanya berlakon bahagia dihadapan family2 mereka. 
  • Apabila mereka berpindah, kerna tinggal berasingan dengan family. Meraka tinggal dalam satu rumah tetapi di dalam bilik yang berasingan. Dan Muaz memberikan meletakkan syarat agar Mia berhak membuat apa yang dia mahu, dan begitu juga Muaz. 
  • Elisa....wanita yang telah menghancurkan hati Mia 100%, apabila Mia melihat Muaz dan Elisa berada di dalam bilik. 
  • Kerna kasih antara mereka, Mia dan Muaz bahagia, tapi hanyalah seketika. Kerna hadirnya kekasih lama Mia, Fahmi. Sikap Mia berubah. 
  • Fahmi....lelaki yang ingin menghancurkan rumah tangga mereka. Fahmi telah menggunakan ibunya untuk mengambil hati Mia. Tapi ia tidak dapat diteruskan apabila Mia ingkar dengan Muaz dan Mia keguguran. 
  • Kemarahan Muaz terhadap perubahan Mia dan keguguran menyebabkan Muaz menghilangkan diri. Tetapi dengan bantuan family mereka. Muaz dan Mia berjaya disatukan. 
  • Muaz menaruh harapan kepada Mia untuk mendapatkan zuriat dan.....(bace yer novel). Hehehe
  • Happy Ending....dont worry on it. 
Satu petikkan yang memberikan sejuta makna dari novel ni: 

"Allah bagi kita macam-macam nikmat. Tapi
kalau kita sebagai manusia tak menghargai
dan menggunakan sebaik-baiknya, tak 
mustahil Allah akan tarik balik nikmat tu
untuk selama-lamanya." 

Klik sini bagi blog penulis novel ini. Tq sebab menulis novel ini. Love it so, So muCh. (^_^)
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers