Thursday, February 23, 2012

Awak Suke Saya Tak?


9 Februari
Order buku nie di Popular. Out of Stock da...Terpaksa la order. Order skali ngan novel "my love playgirl".

18 Februari
Novel yg sekian ditempah dibeli.


19 Februari
Time tgah sibuk2 kemas brg2, al-maklumla nk blek u da. Brg pape p0wn xkemas lagi...sabar2. Novelku akan ku bace. Sblom tu bce bukak blog, http://melurjelita.com/ and facebook awak suka saya tak?. Byk yer komen. Mase xcukup nk mule bace novel. Konon nk tggu mse lapang tp tgah mlm tu gak sye bce. Huhuhuhu...xleh tggu da.



20 Februari
First class start. Sibuk ngan supervisor. Sibuk ngan tajuk PSM. Mlm curi2 bace sikit.

21 Februari
Appointment with my beloved supervisor. Da beri keje. Owhhh Hilmanku...bile nk abeh bce nie.

22 Februari
Sibuk ngan cari tajuk with jurnal and issu yang xsiap2 g. Mlm tu...curi2 bace g. Amboi...xtahan hati, sebak gile...Hilmanku hilang igtan. Finally, saya wat decision nk abeh kan gak novel nie xkira ahh. (lupe PSM da)...tido lewat la gak. Kul2am.

23 Februari
Wake up subuh...smbung bce. Smpai azan Zohor bekumandang The end. Hilman I Love You...I Love You...99x. Hope I akan Jumpe Hilmanku.

The Best Novel yang mempunyai pelbagai Nasihat. (Cinta pada yang satu...Allah)

Friday, February 17, 2012

I'm Fall in Love with Ramlee Awang Murshid because of "Satu Janji"



Kerana Cinta Aku Ingin Hidup...Kerana Cinta Juga Aku Sanggup Mati!

Lame sangat saya simpan novel ini. Dari first day pinjam 16/1/2012 hingga nak naek sem baru nie. Terasa bosan, malas and nervous nk naek sem baru nie - baru la terfikir nk bace novel yang sekian lame dipinjam sampai buat renew kat library lagi. Ermmm....baru nk bace. Rasa menyesal sgt2. Huhuhu...Nape la saya xbace novel ini masa first date. Ini sebab kawan la, yang kate RAM tulis novel triller yg kurg menarik (salah kan kawan lak). Ermmm...kawan saya salah tafsir. This is the best triller Novel and ada love story too. The best.....best....best....Muah.

Bile saya start je baca novel ini...memang tak lepas la. Yela baru pertama kali baca kisah thriller homoside yg penuh tanda tanya dan ada kisah cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan. The twist in the tale yg dimainkan di sini memang menarik dan ada part-part yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya.. kisah ini seolah olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada kesinambungan. RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan. Selain dr itu resepi buat roti canai pon ada jugak! (^_^).

Kisah ni bermula kematian seorang lelaki bernama Lukman. Penuh dengan tanda tanya. Sapa Lukman itu?? Dan kisah ini bersambung dengan kes pembunuhan Datuk Abdullah, bapa angkat Luqman. Luqman menggalas tanggungjawab di pejabat. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman sebagai suspek utama pembunuhan. Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya, bukan harta bendanya. Tetapi Adelia sudah punya pilihan hati, (Hady yang menjadi penghalang Luqman untuk mendapatkan cinta Adelia) kerana ketelanjuran janji Adelia pada keluarga (iaitu akan menerima pinangan sesiapa saja yang masuk meminangnya), pinangan Luqman terpaksa diterima walaupun tidak mencintai Luqman dan kerna kesihatan ayahnya (huhuhuhu sempat ayah Adelia buat drama lawak time nie...berlak0n sakit depan Adelia...kelaka sgt)

Laila pula terperangkap dalam dunia pelacuran setelah dijual oleh teman lelakinya sendiri. She end up dgn orang2 yang diupah membunuh Datuk Abdullah (Subra,Jimmy dan Jay aka Jamil, adik Khalid), mereka berniaga dadah dan perempuan. Laila berjaya menitipkan clue kpd pihak polis tetapi terperangkap sbg pemuas nafsu kpd Jay supaya dpt bersembunyi daripada Subra dan Jimmy yg boleh membunuh bila2 masa saja.

Menarik juga bila Laila sebenarnya anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman, wanita tua itu rupa2nya ibu tiri Luqman. Luqman dapat tahu mengenai Makcik Junah adalah Mak Tirinya semasa melawatnya di hospital dsebabkan batuk. Tapi selepas dikematiannya, Luqman dapat tahu bahawa die menghidap barah. MakCik Junah adalah isteri pertama sebelum suaminya mengkahwini Khadijah, mak Luqman. Kerana sikap cemburunya terhadap Khadijah setelah menimang anak. Dia mengambil Luqman, anak Khadijah dan diletakkan di hadapan pintu masuk Rumah Anak-anak Yatim. Khadijah jadi gile dengan kehilangan anaknya, Luqman sehingga dimasukkan ke hospital jiwa manakala hidup suaminya tidak keharuan sehingga pergaduhan yang berlaku menyebabkan berlakunya pembunuhan lalu dihukum gantung. Semuanya disebabkan perbuatan Junah.

Kisah menyakitkan hati Luqman apabila Adelia meminta cerai daripada Luqman dan cuba menyakitkan hati Luqman dengan berjanji untuk keluar makan bersama Hady dan dengan kebetulannya Luqman singgah ke bandar untuk membeli barang, Luqman ternampak isterinya bersama dengan Hady. Hati Luqman yang mahu menyayangi isterinya....punah didepan matanya. Semasa Adelia dalam perjalanan pulang di kesibukan kota, die dengan tiba-tiba diculik oleh pembunuh Datuk Abdullah (Subra dan Jimmy) yang baru saja selesai merompak satu bank di Klang. Adelia mula terasa dirinya diuji oleh Allah kerna sikapnya terhadap suaminya sendiri, Luqman.

Penculikan Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai. Adelia mendapat tahu bahawa Subra dan Jimmy yang membunuh bapa metuanya, Datuk Abdullah. Luqman ke KK bagi mencari ketenangan. Laila yang dijual oleh Lawrance sebenarnya adik Luqman. Kesian kat Laila sbb xdpt jumpa dengan mak dia, Semasa dia pulang ke rumanhnya, dia baru mengetahui emaknya sudah sebulan meninggal dunia. Tambah lagi kisah Laila jumpa gambar Jay dibilik Encik Khalid semasa bekerja sebagai tukang cuci, yang menggantikan tempat emaknya, Makcik Junah. Dan secara kebetulan terserempak dengan Inspektor yang menyiasat kematian Datuk Abdullah.


Plus lagi....opening untuk cerita ini. Antara Luqman dan Lukman. Siapakah mereka? Lukman meninggal disebabkan barah otak yang diketahui oleh Luqman dan ingin merawatnya di KL. Tp ajal menimpa Lukman dan tidak sempat untuk Luqman (aka Agus) menghantarnya ke hospital untuk dirawat. Pencarian Luqman oleh Adelia sehingga menemui janji-janji Luqman. Adelia mencari ibu kandung Luqman, dan adik kandungnya. Dan Adelia sedia membantu Luqman melaksanakan "Satu Janji". Plus lagi pertemuan Luqman dan Laila. Plus accident tembak penembak semasa dalam perjalanan untuk menemui emak Luqman. Plus Luqman cedera dijantung. Debaran demi debaran. Adakah Luqman, pelakon utama dalam Novel ini akan mati? Huhuhu...sgt menarik. And the end with Happy Ending. Muhammad Lukman bin Luqman.


terbitan alaf 21 sdn bhd
sinopsis belakang buku:

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

RM 19.90
568 muka surat

Thursday, February 9, 2012

Jendela Hati


 

Mula-mula...tgok2 kat google book nie  ----> http://books.google.com.my/books?id=aZVirc2GbSYC&lpg=PP1&dq=jendela%20hati&pg=PP1#v=onepage&q=jendela%20hati&f=false ...then kebetulan lak jumpe kat library, time study week.....ape lg. Pinjam la....

Bisikan Kasihmu Mewarna Kamar Sanubari Ini

Kisah mengenai dua beradik kembar, Sarah dan Farah. Farah yang menyambung pelajarannya di University of Manchester dan tidak dpt menghadiri perkahwinan kembar yer, Sarah. Kisah ini bermula selepas Farah menerima surat terakhir daripada kakaknya. Dimana tertulisnya wasiat kakaknya. Dia sangka bahawa surat itu hanyalah gurauan, tp ia adalah satu kenyataan setelah dia menerima berita bahawa akaknya ditimpa kemalangan. Di dalam surat itu tertulisnya wasiat daripada akaknya. Wasiat yg tertulisnya satu permintaan Sarah yang mahu Farah menjaga anaknya, Zahir dan mengahwini suaminya, Lukman.

Kisah ini bermula dengan harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Setelah 3tahun di UK, kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. (tersentuh apabila anak Sarah memanggil Farah 'Mama') Dengan itu, Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Farah mula jatuh cinta dengan Lukman pada pertama kali die melihat wajah Lukman. Dengan risikan mak Lukman untuk menerima Farah sebagai menantunya, Farah terima. Walaupun dia tahu, Lukman tidak mencintai dirinya. Setelah diijab kabul, semuanya berubah.

Farah hanyalah bayangan Sarah dimata Lukman. Tiada sedikit perasaan cinta yang diterima olehnya. Dia pasrah akhirnya. Pasrah dengan sebuah perkahwinaan dengan lelaki bernama Lukman. 

Farah mengundur dirinya sebagai seorg isteri kepada Lukman dengan kehadiran Anita. Wanita yang dilihatnya bersama dengan suaminya. Di pasrah dengan apa yang dilihat dan dia mengundur diri dengan melarikan dirinya ke UK bg menyambung pelajarannya di sana. Dalam diam, dia sebenarnya sedang mengandung. Farah tidak mahu anaknya juga yang menjadi mangsa. Dia rela dengan kehendaknya untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita. 

Saat pemergiaan nya di KLIA, emaknya mengetahui bahawa anaknya, Farah berbadan dua dengan tidak segaja, semasa mengusap perut anaknya (sgt sedih disini, pengorbanan seorg ibu bg menjaga keselamatan anak nya, dia sggup menutup kesenggaraannya sendiri).

Dalam diam juga...dua-dua buah keluarga pergi ke UK bg melawat Farah dan suaminya turut dtg bg memujuk isterinya. Dengan tiba2, anak yang dikandungnya meninggal dunia akibat tekanan darah yang tinggi. (sebak rse yer bile seorg ibu kehilangan seorg anak). Lukman dipersalahkan olehnya. Dengan tidak segaja juga, Lukman terbaca diari Farah semasa mengemas baju utk dibawa pulang ke Msia. Diari yang terselitnya satu wasiat.

Lukman akur dengan kesilapan yang dibuat dulu. Lukman menerimanya sehingga isterinya sanggup memaafkan kesilapan yang telah berlaku. Lukman cuba membuka hati isterinya bagi menerimanya sebagai seorang suami yang dulunya telah tersirat dalam hati isterinya. Dan Farah menerima Lukman seadanya semasa Hari Lahirnya. Happy Birthday Farah....Happy Birthday Sarah. I Love You...The End.
 
Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Tuesday, February 7, 2012

Adam & Hawa




Tak Usah Diucap, Tak Usah Dilafaz...Aku Dah Mengerti Bahasa Cintamu

Kisah Hidup AIN HAWANI, yang baru saja tamat SPM. Sepajang menunggu keputusan utk melanjutkan pengajian die. Ain bekerja di tadika bagi membantu masa pengajian yer kelak. Dia tahu, dia bukan dari kalangan owg yg berada. Ain bertemu dgn Adam Mukhriz, buat pertama kali. Adam Mukhriz, adik Kak Zah, pengetua di Tadika. Minat Adam terhadap Ain mula mekar tp............ zaman solo Ain ternoktah pada usia remaja kerana dia termasuk dalam jerat Dee, kekasih Adam yang ingin membalas dendam atas Adam. Rayuan bahawa Ain tidak bersalah tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... Hati Ain berubah setelah diketahui nafkah yg Adam beri tanpa pengetahuannya. Hati Ain berubah juga setelah kehilangan Johan, lelaki yg rapat dengan nya dan curang di blkgnya. Hanya kerana kwn baiknya Azie jatuh cinta dengan Johan. Dan dengan itu, kisah Cinta Ain & Adam bermula....till the end

Friday, February 3, 2012

Ombak Rindu




Rinduku Umpama Ombak, Kasihmu Bagai Pantai Yang Setia Menanti

 IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Disini bermula kisah romantik antara Izzah & Hariz...

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. 5 tahun mereka bersama. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Fitnah yg diterima atas dirinya...Keguguran...Sehingga Pak Dollah memberitahu kebenaran kisah hidup Hariz bagi membantu kesiksaan Izzah hadapi disebabkan fitnah. Kehadiran adik hariz...paling sedih kisah Mak Jah yg rindukan anaknya yg masih lagi hidup, Hariz...mmg sedih sgt time nie. And end..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers