Sunday, May 8, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Jom ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Lokasi: MAEPS, Serdang.

          Pengalaman pertama ke Pesta Buku. Dalam hati, teruja dapat En.Husband yang memahami keinginan seorang isteri.  Love You b. Bersama anak kesayangan, Muhammad Fareez (lena anak mama tido, dari sampai ke sini hingga balik). Tambahan, adik kesayangan yg xpernah ke Pesta Buku (saya pun sama). 

          Walaupun, panas terik ke Pesta Buku. Parking pun agak jauh & siap kene cas lagi parking RM3. Sampai je ke lokasi, kami kene cari Map dulu. Cari booth Karya Seni & SR Publication. Kene fokus tujuan pertama dulu. Kalau x, hilang arah nnt. Teruja tgok semua buku-buku kat sana. 

          Jam 1pm, ke booth SR Publication dulu disebabkan itu booth paling dekat dengan pintu masuk Dewan A2. Rasa teruja dapat tgok buku Terbaru Siti Rosmizah "RINDU AWAK SEPARUH NYAWA). Lepas nampak buku baru la perasan penulis nya pun ada sekali. Arghhhhh....excited giler seriously. Kelam-kabut nk beli novel nya & nk dapatkan autograph skali. But sadly, booth SR xboleh guna Voucher Buku 1Malaysia. Terpaksalah redha, bayar cash RM32 (Normal Price: RM40). Siap je beli, cepat-cepat dapatkan autograph dari penulis, SITI ROSMIZAH. Terima kasih... 

Sempat Selfie (Gegar pulak gmbar, 
nampak sgt nervous)

         Selepas sahaja sesi nie, berjalan ke booth-both lain. Hilangkan rasa teruja tadi. Tak boleh nak digambarkan, 1st time jumpe penulis. Kalau sebelum ni, dapatkan autograph dari Siti Rosmizah dengan membeli buku dari pihak kedua. Tapi hari nie, dapat jumpe face by face. Happy...

          Dah penat berjalan ke booth-booth, lokasi terakhir ke Karya Seni. Booth paling hujung & jauh. Sampai je ke booth Karya Seni, nampak pula penulis Zura Asyfar. Tambah lagi teruja nie. Adesss...kelam kabut cari Novel Terbaru Zura Asyfar "Assalamualaikum Cinta". Untuk dapatkan autogragh ada lagi 30minit (debar dah nie coz ada novel lain nk beli). Alhamdulillah, kat sini boleh guna Voucher Buku 1Malaysia. Voucher RM50 terbang untuk Novel Assalamualaikum Cinta, Zura Asyfar & Novel Mencari Si Pelengkap Hati, Farisha Imani. Selesai membeli, apa lagi....sesi Autograph la & sempat berbual dengan Zura Asyfar dimana drama Assalamualaikum Cinta lakonan Emma Maembong akan disiarkan di tv dalam bulan Jun ini, sekarang baru hari ke-8 shooting & karya novelnya pula adalah berpandukan skrip drama tersebut (patotla tebal). 

 Zura Asyfar & Me.....
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . .  . . . . . . .  . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . .

Ini Hasilnya...Membeli sambil mengejar masa.


Selesai Tujuan Utama: 
Novel Rindu Awak Separuh Nyawa & 
Novel Assalamualaikum Cinta
Tambahan, Novel Mencari Si Pelengkap Hati.



Ok Done....Jam 2.30ptg. Selesai....

Terima Kasih PBAKL. Jumpa Lagi Tahun Depan. 
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers