Wednesday, June 27, 2012

Salju Sakinah



Kisah mengenai kehidupan Sumayyah: 
  1. Putus Cinta dengan kekasihnya Afzan, yang berkawan semasa dibangku sekolah lagi.
  2. Pertemuan dengan Naufal, seorang ustaz yang menegur dirinya semasa pulang dari membeli barang dapur. Kerana Sumayyah keluar seorang diri pada waktu malam. 
  3. Kematian ayahnya semasa di sedang mengambil peperiksaan akhir. Dimana kematian ayahnya diberitahu setelah dia pulang ke Msia. 
  4. Dia diberi tanggungjawab untuk menjaga Perniagaan kerepek ayahnya. Kerana sebelum pemergiaan ayahnya, beliau mahu Sumayyah menjadi pengurus yang menguruskan perniaagannya itu. 
  5. Tanggungjawab diberikan oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya untuk memberikan ceramah agama. 
  6. Sumayyah menerima fitnah dari jirannya, bahawa beliau menggoda laki jiran (padahal laki dia yang gatal). 
  7. Hati Sumayyah diuji oleh Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Tapi Hati Sumayyah belum boleh menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya lagi. 
  8. Kemelut keluarga Sumayyah di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. 
  9. Diakhiri cerita ini, kak long nya kehilangan suaminya dan Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar petir.
  10. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan. Dan tidak lama kemudian, hatinya dipikat oleh Muazam (suaranya mirip Afzan yang menguruskan perniagaan kerepek setelah kematian ayahnya).
  11. Sumayyah diuji lagi dengan kegagalannya dalam satu subjek. Dan memaksanya untuk kembali ke Jordan bagi menamatkan pengajiannya. 
  12. Sumayyah malu dengan dirinya kerana masih lagi menuntut di Jordan hanya kerna gagal dalam satu subjek. 
  13. Sumayyah disunting oleh Naufal melalui Hakimi dan Hakimah (rakan karib Sumayyah yang telah berkahwin). 
  14. Dia dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa Naufal semasa sedang membeli persiapan perkahwinan mereka. 
  15. Sumayyah berkahwin dengan Naufal di Jordan setelah menerima persetujuan daripada emaknya.  
  16. Setelah tamat peperiksaan, Sumayyah menerima berita kemalangan melalui media. Dalam masa yang sama, suaminya pergi ke pekan. Debaran dihadapi oleh Sumayyah....
  17. .......suaminya tidak terlibat dalam kemalangan. 
  18. Naufal memberikan hadiah yang paling indah kepada Sumayyah. Iaitu Menunaikan Ibadah Haji bersama suaminya. Dalam masa yang sama, emaknya juga akan pergi dan akan berjumpa di tanah suci Makkah. 
The Best.....

Sunday, June 17, 2012

Movie + Novel + Bola


Setelah selesai Perang Dunia Pertama.  Kite layan movie ini. Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. 


Komen: Kelakar la filem nie. Terkesima jap. Gurl jadi gladiator??? COMELnya...

2 jam kemudian...

2 minggu puase Novel. Sanggup xtido nk abeh kan drama nie. Romantik plus Dramatis. Pape p0wn, nk release tension la kate kan. Yang best yer dalam novel nie, dalam ego-ego diowg,  gak jiwang nya. Yang penting, xde ape yang sedih dalam cite nie. Semuanya happy story....

10 minit kemudian.....


Seminggu puasa bola. Exam yer pasal. Sedih sgt2. Nk buat camne kan. Sekarang nie da besar, kene fikir yang mana satu penting. 

But all of this is just my entertainment. Pape p0wn. Diowg la yg terbaik untuk diluangkan mase stiap ari. Xde la nk bazir kan kdt gayut ari2. Kang klo nk jaga hati sendiri, hati owg laen lak yang sakit lagi la teruk. 
Okey....ngantok da nie. Sambung tido.  

Wednesday, June 13, 2012

Total Recall starring by Collin Farrell

Collin Farrell is Back!!!!!

This is My IDOL!!! Xtaw la kenapa....Tp saya jadi teruja bile tgok die in new filem this 2nd August. Klo jumpe, mmg pengsan la sy. Hehehe. Gile dunia with this guy. Yang paling saya trauma adalah lakonan die....Watak jahat ker watak baek...ganas....romantik.....Owhh!! Hehehehe....:)  Lantak la owg kate saya gedik ker ape ker. He is my idol dr kecik, smpai la skunk nie...Saya mmg xsabar pas dgr film lakonan die nk kuar 2 August nie. Same date with my elder brother's Birthday. Hope my brother, Along stay here until this 2nd August. Can't wait. Okey...continue study!

Ini slot Trailer for his coming movie. 


Friday, June 8, 2012

Seindah Sakura



Kisah Kehidupan Shakira....walaupun di dalam sebuah novel yg telah difilemkan or drama kan...

Terlalu banyak ujian telah mu terima Shakira. Kamu tabah menghadapi nya. Walaupun ku tahu, ia hanya sebuah novel. Tetapi terlalu banyak nasihat yang ku terima dalam novel ini. Kekayaan kewangan di dunia, tidak mendatangkan kebahagian di dunia mahupun diakhirat.

Kesabaran, Keikhlasan, Kemaafan seseorang itu amat diperlukan dalam kehidupan ini.

Sabar menghadapi ujian ALLAH...
Ikhlas dalam melakukan amalan kerana ALLAH...
Maaf dalam kesilapan sendiri dan hamba-hamba ALLAH...

Pada-Mu aku bersujud dan hanya pada-Mu aku berserah...


Kemaafan dipinta jika terdapat kesalahan terhadap kata-kata saya ini.

Saturday, June 2, 2012

Tak Semanis Impian


Kata-kata manis Norseha kepada Razif di atas sekeping kad:
         
Aku bagai pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari. Menanti air laut membasahi, ketika sang mentari membakar dan mengeringkan tubuhku. 
          Aku bagai pasir pantai yang mengharap ombak, menggerak dan mengalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari keinginan. 
          Dimanakah  kau ketika aku terkapar kesepian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam?
          Kekasih, kaulah air dan ombak yang sangat kudambakan. Hadirmu bagai titisan embun menyegarkan kelopak bunga-bungaan. Sang embun itu adalah cintamu yang sangat kuharapkan. Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan. Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagiaan. 
          Kekasih, jika sewaktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu, panggillah namaku, kerana di situ ada cinta, ada rindu yang sangat mengharap balasan kasihmu.

Best klo bace ayat nie. Tp saya xreti nk mengarangnya. Sbb xde perasaan cinta macam Norseha nie. Begini ker, klo owg bercinta??
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers