Sunday, December 29, 2013

ISLAMIC CALENDAR

Made by my own. Sebab takut terlupa mse yang sunat puasa & haram puasa & wajib puasa (macam duk kat oversea lak). :) Creativity & Design: Copy from Solusi Kalendar 2013. Untuk event 2014 nie...mesti la rujuk kalendar Islam dulu. So...sy share kat semua. Moga semua Ibadah kita diteruskan untuk tahun depan. Lupakan tentang harga2 barang yang naik. Maybe ade hikmah disebaliknya. TQ for visit my blog. Love you all. 

Tuesday, December 24, 2013

Bukan Kerana Aku Tak CINTA



I'm Falling in Love With This Drama..

Xsempat nk membeli  & Bace Novel. 
Tgok Drama pun, boleh feeling gak. 
Selamat Menonton. Klik Here

Sunday, September 22, 2013

Isteri Separuh Masa


Isteri Separuh Masa....tajuknya macam bosan je, yela. Dah Jadi Isteri, leh pulak ade part time plk. But, after hold & read this novel. The Bored was Gone. Woww...So Amazing Right. Thanks to Suri Ryana. For write this novel to me & all the reader in the world.
         This time, no summary from me. Because all tragedy in the novel, had awesome memories. Because the husband of Her is the Lecturer & she's a student. Futhermore, they married because of family. No Love.
        This story had give a lot of "Pengajaran" bahawa susahnya menjadi seorang isteri yang tidak pernah dicintai & tiada perasaan walaupun sedikit. I look to myself, how will I be....if this situation had happen. SubhanALLAH. Minta jauh la. CintA ku Hanya KepadaMu Ya ALLAH.

Semoga Pembaca-Pembaca sekalian, mengambil pelbagai ikhtibar dari novel ini.

Wednesday, August 21, 2013

MalaysiaKu BerDauLaT: TanaH TumPahNya DaRaHKu...


A      : Awak Tahu Sekarang Bulan Ape?
Saya : Bulan Ogos Tuan.
A      : Dalam bulan Ogos ade bulan ape g?
Saya : Bulan Syawal Tuan.
A      : Kami ni bukan Jabatan Agama, awak nk ckp psal bulan Syawal.
S      : Ermmm...maksud Tuan...bulan ape lagi?? Bulan Kemerdekaan ke Tuan?
A      : Ye....tu yang saya nk awak jawab (pening kepala)

Huhu....die xfikir saya ni. Lagi pening nk pk. Bulan ape. Huuhuhu

.....Next Question.....

A      : Awak tahu sekarang kita dah berape tahun merdeka?
Saya : Ermm...Kejap ye, saya nk kira....1957-2013 = 56 Tuan...

(pending la plk...kene kira lagi)

.....Next Question.....

A      :  Apakah tema kemerdekaan pada tahun ni?.....
Saya :  Maaf Tuan, Sungguh saya xigt & Xtahu la senang. (Padan muke kene ceramah)

All of this convesation are to say to Malaysian Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke-56. And To the Judge A, Thx sbb interview sy dan, mengingatkan saya berapa pentingnya kemerdekaan.

Semoga saya dapat job yang saya mohon. Sempat lg. Mne Tahu Rezeki Saya. Amin...


Saturday, August 10, 2013

Jodoh Itu Milik Kita


Siapakah Jodoh Diriku?? Sesungguhnya, Jodoh Itu Rahsia Illahi. Dan novel ini mengisahkan Jodoh Dahlia yang bukan dirancang, iaitu Aariz Danial.

Dahlia seorang yang susah untuk membuat sesuatu keputusan tetapi beliau lebih memikirkan kepentingan keluarganya. Syafiq....itulah Kekasihnya yang ingin disatukan oleh mama Syafiq. (sedihnya, sbb kene paksa kahwin) Setelah majlis selesai pertunangan, Dahlia cuba membiasakan dirinya dengan Syafiq, sebelum mereka diijabkabulkan.
             Semasa hari pernikahan mereka, keadaan riuh rendah berlaku dengan ketidakhadiran Syafiq pada masa itu. Hanya sekeping nota yang ditinggalkan. Itu sudah cukup difahami oleh Dahlia. Sungguh seksanya hatinya ketika itu. Memaksa diri untuk menerima cinta Syafiq, dan kini semasa hari pernikahan...sekeping nota menjadi cinta yang perlu berputik berkecai. Kecian kepada Dahlia. Dirinya tiada arah tujuan lagi.
            Mak Syafiq memberi cadangan kepada keluarga Dahlia supaya menikahi anaknya lagi seorang, iaitu Aariz Danial. Perasaan marah bermula dengan cadangan itu, apabila mak Dahlia bersuara kerana anaknya dijadikan seperti barang yang boleh ditukar2. Dengan kerelaan hati kedua-dua pasangan, Dahlia menerima Aariz Danial untuk dijadikan suami. Alhamdulillah...selesai sahaja majlis pernikahan mereka, mula lah sesi GoSsiP...(mulut manusia, mane boleh ditutup, tibe2 lak pengantin lelaki bertukarkan. Sape yg xkepoh)
           Susah bagi mereka berdua ingin menyesuaikan diri. Xpernah kenal satu sama lain. Terpaksa memulakan kehidupan dengan berkawan....dan seterusnya. Dimana sebenarnya Syafiq menghilang:?? Bolehkah Dahlia dan Aariz Danial menjadi pasangan mereka selamanya?? Huhuhu....
          Marah....itulah perasaan Syafiq apabila dia mengetahui bahawa abgnya, Aariz Danial yang dibenci selama ini mengahwini bekas tunangnya, Dahlia. Setiap hari, pelbagai rancangan dibuat oleh Syafiq untuk menhancurkan rumahtangga Dahlia. Sehinggakan Syafiq menjadi gila....ingin merogol Dahlia. SubhanAllah. Namun ia diperlihat oleh Mak Syafiq. (selamat). Seterusnya....please buy the novel. Xrugi membaca.

Thank you Sara Aisha.

Monday, July 22, 2013

My Precious IRIS



My precious IRIS. Remind me with my first blog name, My Precious Love. Speaking pulak. Novel sambungan dr I Love You, Stupid!. Tebal oooOO novel nie. Nk buat mcm mne. Bace je la. Naseb BEST. Hehehe. This is the Third Novel dari penulis Melur Jelita yang banyak mengisahkan mengenai agama terutamanya. I Love It. Da lame xnanges mase bace novel. Novel nie, mmg berjaya buat saya nges. Huhuhu

Xtaw nk start cerita dari mne. Sebab penuh ngan babak Romantik & Islamik. Part klimax yang terbaik bagi saya: 
  1. Semasa di Kemboja, IRIS telah diumpan dengan sebuah bot (ade mayat dlm tu) & lemas.
  2. Perkahwinan Adik Perempuan FIRMAN, Fatimah yang dihalang oleh kekasihnya.
  3. Brek kereta IRIS rosak, dalam perjalanan dari Airport. (Part romantik)
  4. Slot dimana cubaan membunuh dari Lelaki Misteri yang menyebabkan IRIS buta. 
  5. Last: IRIS & FIRMAN di seksa oleh Pembunuh Misteri.
And many more....Until One time, I thought that FIRMAN was Died. 


to Kak Melur Jelita: Hope Kak Melur keluarkan byk lagi novel. Assalamualaikum. 

Wednesday, July 17, 2013

Kontrak Janji Setia Antara Kita



Novel ni mengisahkan mengenai Kisah gadis Bernama Sakinah. Seorang gadis yang dipinang oleh (Mak Rafiq) kerna sikap Sakinah yang lemah lembut. 

Rafiq setuju atas pilihan umi nya kerna risau akan anaknya, Syafiq yang akan dituntut oleh bekas isterinya (jika mengikut undang-undang). Manakala Sakinah, setuju disebabkan janji umi Rafiq yang mahu mencapai impiannya iaitu, menyambung pelajaran (Sakinah dari kalangan keluarga yang miskin, tidak mempunyai pembiayaan yang cukup untuk menyambung pelajaran walaupun resultnya cemerlang). 

Selepas selesai majlis pernikahannya, tertulis satu kontrak yang diberikan oleh Rafiq (jika Sakinah curang kepadanya). Kecian Sakinah, xde malam pertama, xde sesi pengenalan, semuanya hanyalah maki hamun dari suaminya. Janji Sakinah untuk menyambung pelajaran tertutup kerna sikap Rafiq. 

Kehidupan Sakinah tidak ubah seperti pengasuh Syafiq. Silap ape yang dibuat kepada Syafiq, di maki hamun oleh Rafiq. SABAR...itu lah yang menjadi peneman hidup Sakinah. Walaupun setiap kemesraannya bersama Rafiq hanyalah lakonan. 

Dengan KeSaBaRaN hati Sakinah yang sampai pada hadnya, BerDiaM diri....itulah yang mampu Sakinah lakukan. Segala perbuatanNya hanyalah amalan harian. Ini adalah disebabkan satu permintaan yang dibuat kepada Rafiq, ditolak. Dengan itu, telah timbul rase kasihan daripada Rafiq. Dan terjalin perasaan Cinta. 

Masa berjalan tanpa mengira waktu, Sakinah dapat menyambungkan pelajarannya atas persetujuan suaminya. Walaubagaimana pun, telah timbul rase sangsi antara mereka dengan kehadiran bekas Isterinya, Maria dan kawan rapat Sakinah, Tengku Rizal. 

Pelbagai dugaan yang mereka hadapi sehingga Sakinah keguguran atas Kekhilafan Suaminya. MARAH...itulah yang timbul dalam diri Sakinah. Beliau tidak mampu lagi bertahan dengan sikap Rafiq. Penceraian....itulah yang diminta oleh Sakinah. Tanpa ade rase kasihan terhadap Syafiq dan Rafiq. Kerna baginya, Rafiq telah membunuh anaknya. 

Final....Bahagia. Itu la yang boleh disebut disini. For more information, please buy & read the novel. Xrugi membeli selepas membaca. Thank you, tuk penulis Novel nie, aii Fariza. Click here to visit her blog. 

Sunday, June 30, 2013

NanoWhite Infinity : Always for My Love & Beautiful Face


NANOwhite Infinity... I Brought this for my first salary. Consists of Day Vege-moister SPF30+, Refining Astringent Mist, & Sparkling Foam Cleanser. All in one Box : RM 70.88 (At Guardian Muar - Free RM 5 cuopon). And with full of suprises, Free Hidrating Whitening Mask, maybe because I'm too friendly with the promoter, who knows. Love it. Selamat mencuba this new product from NanoWhite. 

Sunday, May 26, 2013

With HandSome BoY

Nk pujuk dia punya pasal. SNAP...Snap Gambar. Hehehe. In MaRinA BaY SinGaPore!!!


Fun Time WitH MaDagAscAr StorY....with Love HanDsoMe Boy & LOve DaD!! 


Sunday, April 7, 2013

Giler Kau?


Novel ini menceritakan perjalanan kehidupan dan kisah cinta yang xberape nk romantik gitu. Asik gaduh je keje nya antara gadis yang bernama Intan dan jejaka yang bernama Shahrul. Intan dan Shahrul pada mulanya adalah jiran yang bersebelah rumah. Tiap ari...ada je topik yang mereka gaduh. 

Intan adalah anak yatim yang kehilangan ayah dan ibu, sejak kecil. Manakala Shahrul mempunyai seorang emak, Mak Yah dan kehilangan tunang tercinta, Najihah. Intan selalu je g rumah Mak Yah sebab Inta tiada sesiapa yang perlu berkasih. Mak Yah seperti mak nya da. Klo nk kira stiap mse ade je mereka plan di rumah spt memasak, tanam pokok..etc. Tp dengan kehadiran Intan tu...ape lagi, Shahrul ade je kes yang perlu mereka gaduh. Memang asik nk menikam lidah je la kejenya. 

One day tu....Intan bertembung dengan satu lelaki bernama Lokman. Bagi Lokman, Intan adalah wanita yang telah berjaya mencuri hatinya. Dan mereka telah merancang untuk berkahwin. Tp perkahwinan mereka tidak disetujui oleh mama Lokman, kerana kedudukan mereka adalah tidak setaraf katanya. Oleh itu, mamanya telah membuat perancangan yang bodoh (senang cite la) kepada anaknya. Iaitu mamanya telah mengupah orang luar untuk menculik Lokman pada mase pernikahan mereka. Sedih, memang sedih mse ni. Intan hanya berdiam diri tanpa bersuara dengan ketidakhadiran Lokman pada majlis tersebut. Namun kerana rase ingin menutup malu. Intan telah selamat dinikahi tapi bukan Lokman. Ia adalah Shahrul, lelaki yang selalu bergaduh  tiap kali mereka berjumpa. 

Cinta...itulah yang membuatkan Shahrul menerima Intan selepas tiada wanita lain yang berjaya membuka hatinya setelah Najihah meninggal dunia. Intan kecewa dengan tindakan Lokman yang telah berjanji kepadanya untuk bersama. Sakit memang sakit. Tp dia telah sah menjadi isteri Shahrul. Tanggungjawab adalah tanggungjawab. Susah bagi Intan untuk menerima takdir. 

Zaireen....wanita yang cuba untuk merampas kebahagian Intan dan Shahrul. Pelbagai taktik yang dia buat bagi mendekatkan diri dengan Shahrul dan menjauhkan Intan. Shahrul sering kali tertipu dengan taktik Zaireen, yang telah diketahui Intan. Kerana Ego mereka. Intan membuat keputusan untuk Shahrul berkahwin dengan Zaireen dan menceraikannya. Tp keputusan itu tidak berlaku setelah Shahrul mengetahui taktik kotor yang digunakan oleh Zaireen untuk mendapatkannya. Menyesal itu la yang berlaku kepada Shahrul dengan apa yang telah dia lakukan kepada Intan pada masa Intan pengsan semasa Shahrul menghalaunya keluar dari rumah. Pada masa yang sama Shahrul baru mengetahui bahawa Intan sedang melahirkan anak mereka. 

Penculikan....itulah yang berlaku kepada Intan semasa Intan sedang sarat mengandung. Kejam...memang kejam. Dengan sikap Zaireen yang tidak puas hati melihat kebahagiaan orang lain. Dia sanggup menculik untuk mempergunakan Intan bagi mengahwini Shahrul. Tp ia tetap tidak berlaku. 

Intan dilarikan ke hospital setelah habuan polis dibuat selepas mendapat tahu lokasi Intan diculik. Critikal itu la yang di sebut oleh Dr.Ammar. Shahrul terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan anaknya dalam kandungan ataupun isterinya. Siapanya yang dia pilih? Dan pembedahan itu menyelamatkan ketiga-tiga nyawa? 

Dan akhirnya....kebahagian diterima oleh mereka berempat....Intan, Shahrul, dan anak kembar mereka.  Terima Kasih Dyadilla....Sbb tulis novel ini. 

Tuesday, March 26, 2013

Kekasih Halal

Novel ketiga Orkid Edyliyne yg terbaik...Thank you sebab tulis novel ini untuk peminat mcm sy ni. 


Novel ini mengisahkan mengenai Seorang gadis bernama Lutfa Shirin Mawar. Dan seorang jejaka bernama Feroz. Mereka berkahwin atas kehendak kedua-dua family. Maksudnya mereka tidak kenal pun antara satu sama lain. Lutfa yang baru pelajar tahun satu manakala Feroz pelajar tahun empat di universiti yang sama di Kelantan. Dan mereka sering kali bertemu di stesen bas, sewaktu pulang dr johor-kelantan sebelum mereka berkahwin. 

Selepas perkahwinan...hidup mereka bahagia sgt2. Dan sgt2 romantik, (rasa nk bace lg novel ni) tapi....Terdapat halangan dalam perkahwinan mereka dan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh gadis bernama Lutfa. Irin....itulah name yang sentiasa dalam ingatan Lutfa. Dan nama yang sentiasa berada dalam hati suaminya, Feroz. Sedih sungguh kepada Lutfa. Tidak ada ruang walaupun sedikit dalam hati Feroz untuk Lutfa. Semuanya penuh dengan kebencian kepada Lutfa. Perkahwinan yang Lutfa impikan bahagia adlh salah. Ia penuh dengan lakonan semata. Lakonan untuk mendapatkan zuriat buat kekasih Feroz, Irin. 

Selepas mengetahui kebenaran mengenai hati Feroz dalam diam. Lutfa telah tanamkan usaha untuk meminta Feroz melepaskannya. Tapi perkara itu tidak berlaku apabila berlakunya kecurangan kekasihnya, Irin. Satu scene yang menyedarkan Feroz: Luahan seoarang isteri kepada Feroz.

"Pernah ke awak jujur dengan orang, Feroz?"...
"Pernah ke awak hargai apa yang ada depan mata awak, Feroz?"...
"Kalau saya tak wujud dalam hidup awak, bahagia ke awak terus dengan kehidupan awak dulu, tak tahu mana yang halal, mana yang haram?"...
"Kenapa awak susah nak berubah, Feroz? Kenapa keras sangat hati awak, Feroz? Kenapa awak suka menyalahkan orang lain bila apa yang awak nak, awak tak boleh dapat?"...
"Saya ni awak buat macam anak patung. Awak lepaskan semua yang buruk pada saya."...
"Tak ada sikit pun perasaan belas awak pada saya, Feroz? Klo bukan sebagai suami, sebagai seorang manusia, tak ada ke semua tu, Feroz? Saya diam selagi saya mampu tanggung semuanya. Saya perhatikan selagi saya mampu bertahan. Tapi awak dah melampau."...
"Saya jugak manusia macam awak, Feroz. Saya juga ada perasaan."...

Selepas melepaskan segala yang ada didalam pemikiran Lutfa...darah. Lutfa mengalami pendarahan akibat berlakunya penolakan semasa Feroz lepas geram kepada isterinya. Lutfa dibawa ke hospital. Dan apabila Lutfa sedar. Perubahan berlaku atas Lutfa. Lutfa membenci akan suaminya Feroz. Dan tiada ruang walaupun sedikit kepada Feroz. Sakit...sangat sakit. Semua kebencian diberikan kepada Feroz, tapi Lutfa sedih dengan sikapnya itu. Kerana bukan kehendak dirinya untuk membenci. Tapi hatinya, yang sangat sakit. 

Kisah lampau Lutfa menjadi jalan penyelesaian dalam masalah hubungan mereka suami isteri. Sungguh tidak percaya, gadis yang dikenali semasa dibangku sekolah dan berpisah adalah isterinya. Dan bagi Lutfa, seorang abg yang disayanginya berpisah tanpa khabar berita dan bercita-cita untuk mengahwininya apabila mereka besar nanti adalah suaminya, Feroz. Bahagia. Itulah kata-kata yang boleh diungkap disini. Malangnya....

Ada manusia yang tidak senang dengan kebahagiaan mereka. Sehingga berlakunya pertumpahan darah. Kedua-dua mereka cedera, dan kandungan Lutfa terpaksa dibedah. Manakala kes cubaan membunuh itu dibawa ke mahkamah. Irin...bekas kekasih Feroz. Dialah manusia yang membencikan kebahagian Feroz dan Lutfa. Setelah kes mereka selesai. Mereka hidup bahagia....dan bahagia...Ahmad Ryan Farrez. Nama yang tersemat dalam hati mereka berdua. 

Thanks kepada penulis....sebab menulis satu jalan cerita yang sangat ringkas, padat dan penuh dengan pelbagai klimaks. This is the best novel. Hope you will write the best...and best ever novel selepas ini. Saya doakan. Dan saya akan jadi peminat setia Orkid Edyliyne. Love You... 

Thursday, March 21, 2013

Queen of Ambition

Asik cerita psal novel je. Arini lain pulak. Cerita psal drama korea yang digilai oleh Family KU.....

Disebabkan saya ni belum bekerja lagi. Saya diberikan tugasan oleh Akak sy yang tercinta untuk download drama ni. Ini la dramanya ye. Seperti gambar dan tajuk di atas tu... Blom download lagi ni. Baru cari website tuk download. Al-maklumla, sebab utama download...kat tv tu lambat sangat tayangnya, plus kena tunggu setiap minggu. Nk express, download la. Satu hari tgok da abeh da. Macam bace novel2 tu. Hehehe....

Xmaw la cerita byk2. Sbb sy pun xtgok lagi. Yang saya tahu. Hero cite ni Handsome, & jalan cerita die Best....Ok!!! Click here to download it. Bukan website saya ye. Website orang. Tolong promote pulak. Hehehe. Pape pun. Selamat menonton. 

Friday, March 8, 2013

SeGaLaNyA MuNgKiN - Nieya Jalies


Segalanya mungkin... Satu novel yang mengisahkan mengenai NUR MIA:
  • Nur Mia...anak tunggal En. Saufi. 
  • Hidup bersama baba dan tanpa seorang ibu.
  • Mia terpaksa bersetuju dengan keputusan babanya kerna sangat menyayangi baba. 
  • Persetujuannya adalah dengan satu ikatan perkahwinan dengan anak Datuk Masyur, Muaz. 
  • Muaz telah mempercepat majlis perkahwinan kerna pada Muaz, Mia sgt gatal dan hanya mengejarkan  harta, sama seperti perempuan2 yg lain. 
  • Perkahwinan yang diharapkan bahagia oleh Mia hanya mimpi. 
  • Pada malam pertama, Muaz telah memberikan amaran kepada Mia agar hanya berlakon bahagia dihadapan family2 mereka. 
  • Apabila mereka berpindah, kerna tinggal berasingan dengan family. Meraka tinggal dalam satu rumah tetapi di dalam bilik yang berasingan. Dan Muaz memberikan meletakkan syarat agar Mia berhak membuat apa yang dia mahu, dan begitu juga Muaz. 
  • Elisa....wanita yang telah menghancurkan hati Mia 100%, apabila Mia melihat Muaz dan Elisa berada di dalam bilik. 
  • Kerna kasih antara mereka, Mia dan Muaz bahagia, tapi hanyalah seketika. Kerna hadirnya kekasih lama Mia, Fahmi. Sikap Mia berubah. 
  • Fahmi....lelaki yang ingin menghancurkan rumah tangga mereka. Fahmi telah menggunakan ibunya untuk mengambil hati Mia. Tapi ia tidak dapat diteruskan apabila Mia ingkar dengan Muaz dan Mia keguguran. 
  • Kemarahan Muaz terhadap perubahan Mia dan keguguran menyebabkan Muaz menghilangkan diri. Tetapi dengan bantuan family mereka. Muaz dan Mia berjaya disatukan. 
  • Muaz menaruh harapan kepada Mia untuk mendapatkan zuriat dan.....(bace yer novel). Hehehe
  • Happy Ending....dont worry on it. 
Satu petikkan yang memberikan sejuta makna dari novel ni: 

"Allah bagi kita macam-macam nikmat. Tapi
kalau kita sebagai manusia tak menghargai
dan menggunakan sebaik-baiknya, tak 
mustahil Allah akan tarik balik nikmat tu
untuk selama-lamanya." 

Klik sini bagi blog penulis novel ini. Tq sebab menulis novel ini. Love it so, So muCh. (^_^)

Thursday, February 28, 2013

Emylia Zulaikha


Asrul
  • Seorang suami kepada Farida dan kekasih Emylia.
Emylia 
  • Kekasih Asrul dan Ibu kepada Zulaikha. 
Zulaikha 
  • Anak kandung Emylia. dan anak yang dijaga oleh Asrul dan isterinya, Farida. 
Farida 
  • Isteri Asrul yang menghidapi penyakit buah pinggang.
Eddy 
  • Ayah kepada Zulaikha.

Kisah mereka....
  1. Jejaka yang berjaya mencuri hati Emylia. Niat yang hanya untuk mempermainkan Emylia pada mulanya kerna Emylia adalah seorang playgirl, dan diakhiri dengan cinta. 
  2. Ketika cinta mula berputik dihati Asrul, dtgnya jejaka lain iaitu Eddy yang merupakan kekasih Emylia dulu. 
  3. Persaingan....itulah cabaran yang diletakkan oleh Asrul kepada Eddy dalam memenangi hati Emylia. 
  4. Malangnya...hubungan mereka tidak direstui.  
  5. Setelah sepuluh tahun berpisah, Emylia muncul kembali dengan satu tujuan, iaitu untuk merampas kembali haknya. 
  6. Zulaikha...itulah hak yang dicari. 
  7. Pelbagai taktik yang dirancang, malangnya ia berakhir kerna bersimpati dengan keseksaan yang dihadapi oleh Farida. 
  8. Penyakit buah pinggang adalah keseksaan yang dihadapi Farida. Emylia merancang untuk memberi segala wasiatnya kepada anaknya, Zulaikha dan menghilangkan diri ke Australia. 
  9. Tetapi, kerna kasihankan Farida, Emylia dengan rela hati ingin memberikan satu daripada buah pinggangnya. 
  10. Pembedahan Emylia dan Farida yang dijalankan tidak memberikan tindakbalas yang positif. Dan diakhiri dengan dua kematian.
No Happy Ending...but more moral value here.  I love it.

Preview di google.

Sunday, February 10, 2013

One Day You'll Be Mine

Novel adalah novel yg terbaik bagi saya dalam penggunaan 2 bahasa. English & Malay. 5 Star for this novel. 


Watak utama: Anith FiTriah & Dzul Ehsan 
Watak Lain2: 
Nik Afezal (kekasih Anith FiTriah) 
Aya (anak Dzul Ehsan ehem2...ada rahsia di sini)
Elisa (adik Dzul Ehsan) 
Kristine (kawan Anith FiTriah)
Hezry (Boyfriend Kristine)
Farisha....(Adik tiri Nik Afezal pada mulanya, tapi yang sebenarnya, isteri Nik Afezal)
Nahda... ??

Novel yang mengisahkan satu perjalanan hidup Anith FiTriah, yang sangat tertekan dengan kehidupan masa lampau. Antara kisah-kisah Novel ODYBM: 
  1. Perkahwinan antara Anith FiTriah & Dzul Ehsan yang dirancang oleh kedua-dua family dengan sebab kes yang berlaku pada masa lampau. 
  2. Hubungan antara mereka adalah hanya sementara kerna tiada kegembiraan. Pergaduhan setiap hari, itu yang terjadi dalam rumah tangga mrk. Dan diakhiri dengan sebuah perpisahan yang mereka persetujui bersama. 
  3. Sebelum perpisahan mereka - Anith FiTriah mengenali Aya, yang berusia 7 tahun. FiTriah sedih dengan kehidupan Aya, kerna Eshan tidak pernah peduli dengan kehadiran seorang anak. Ibu...itulah panggilan yang digunakan oleh Aya, kepada FiTriah. Sedih dengannya. Kerana Aya mampu membenci papa nya sendiri, Ehsan. 
  4. Hubungan Anith FiTriah dengan Aya memberikan semangat kepada Ehsan untuk mengasihi Aya. Yang dahulunya dibenci Aya, Tidak mempedulikan Aya. Dan kini. Aya gembira dengan kehadiran Anith FiTriah yang mampu menjadi ibu Aya dan yang mampu membantu hubungan antara Eshan dan Aya. 
  5. Dengan terdapatnya janji yang dibuat oleh mereka untuk berpisah. Akhirnya, penceraian juga berlaku... Sedih, memang sedih. Tapi itulah kehendak yang diinginkan oleh Anith FiTriah. Satu Kebahagian yang Diharapkan akan bahagia, dan tenang. Tetapi ia adalah sementara dengan hadirnya kekasih yang diagungkan, disayang, dikasihi, dicintai...dan dibenci oleh family FiTriah dan Nik Afezal. 
  6. Nik Afezal yang dulu dikatakan bahawa beliau telah mati, kini hidup kembali dalam diri Anith FiTriah atau dengan nama lain FiTri. 
  7. 3 tahun yang lalu, Nik Afezal & FiTri adalah sepasang kekasih yang bahagia, dan itulah dikatakan kebahagian oleh FiTri. Dan kebahagian itu hilang disebabkan satu kemalangan yang dihantui oleh FiTri kini. 
  8. Bahagiakah FiTri dengan Kehadiran Nik Afezal???
  9. Marah, Dendam, Benci, Sayang, Cinta, Kecewa, Kasihan....Perasan yang bercampur baur. Itulah perasan Nik Afezal yang FiTri tidak pernah faham. Tetapi FiTri masih mencintainya. 
  10. Tapi sayang...perasan itu hanya sementara. Kerana terdapatnya masalah mental yang dihidapi oleh Nik Afezal. 
  11. Apabila berita mengenai kebenaran penyakit Nik Afezal smpai ke FiTri, pnyakit yang dihadapi Nik bertambah teruk sehingga dia mampu membunuh. Mangsanya... Nahda, FiTri, Farisha, Mummy.
  12. Hezry... Adalah masalah yang dihadapi oleh Ehsan, Aya, dan isteri pertamanya, Mega Ariyana. Dimana kisah zaman remaja Riya hancur dengan kehadiran Hezry yang menyebabkan Riya mengandungkan Aya. 
  13. Perit hidup Ehsan kerana dia terpaksa mengahwini Mega Ariyana kerana terlalu keciankannya kepada Riya. Tetapi Setelah lahirnya Aya. Riya meninggalkan mereka berdua. Sedihnya Ehsan. Anak yang tiada talian darah menjadi tanggungjawabnya. Dan meminjamkan namanya untuk Aya. Sungguh besar pengorbanan Ehsan sehingga family Ehsan sendiri sedih dengan duga yang ditanggungnya selama ini. 
  14. Dan akhirnya Ehsan & FiTriah bersatu kembali dengan keputusan mereka sendiri menerusi sekeping  kad - One Day You'll Be Mine. 
The Best Triller & Love Story. Congrate Inawza Yusof. 

Klik here for Inawza Yusof blog. Love You :) 

Sunday, February 3, 2013

La IllahaillAllah: Al-fatihah : Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

La IllahaillAllah: Al-fatihah : Siti Hajar Binti Ahmad Sabir: siapa Siti Hajar? beliau bukanlah keluarga atau saudara terdekat saya ,.bahkan saya tak pernah pun mengenalinya sebelum ini...tapi b...

Wednesday, January 9, 2013

Last Examination in UTHM

Da xde exam da lepas ni kat UTHM... i will miss it.

Study Hard...not study SMART. 


This is My beautiful Examination Hall. Dan di sini lah nanti my konvo will be held at the end of this year. Lame tu nk tggu. Itulah pengorbanan seorang pelajar. :)


Saturday, January 5, 2013

Kalau Memang Harus Begitu

Dibeli pada 26/11....


First novel yang mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskannya. Bukan sebab novel nie xbest  ye...JGN SALAH faham di sini. Sebab tiada masa lapang untuk membaca. Saya busy sgt2 dengan Final Projek atau dengan kata lain PSM - Projek Sarjana Muda.

So let start for my memory of this novel.

Novel ini menceritakan mengenai seorang BOS atau Tuan Putra yang diberi gelaran dirinya, yang sgt2 garang...ala2 Singa gitu (yang diperkatakan oleh seorang gadis kampung yang sgt2 lawa, Adara). Kita cite psal Tuan Putra dulu. Tuan Putra atau dengan name lain Zidan Adiputra adalah anak tuan besar Datuk ... yang mempunyai sebuah syarikat. Dengan kehadiran Adara ke dalam syarikat tersebut as tea lady telah mengubah sikap dan perasan dan semua la yang ada dalam diri Tuan Putra.

Adakah disebabkan kecantikkan?? No...this is because of LOVE. Cinta Adara mampu mengubah segalanya dalam diri Tuan Putra. (read more in this novel, how his life is changed).

Saat gembira antara Tuan Putra dan Adara: 
  1. Tuan Putra menaikkan pangkat Adara bukan sbg tea lady lagi tapi as PA Tuan Putra.
  2. Tuan Putra bertunang dengan Adara, tanpa pengetahuan Adara. (means surprise!!)
  3. After 3 month: Nikah. 
  4. Baby. (but ada kesedihan disini, but at the ends they got baby). 
  5. ..........

Kehidupan mereka berubah selepas datangnya satu berita buruk dan satu berita gembira. Berita buruk adalah Atuk Adara jatuh sakit, manakala berita gembira adalah Adara mengandung. Hubungan Adara dengan Tuan Putra berubah dengan kehadiran baby dan keperitan insan yang paling disayangi nya Atuk.

Adara telah merancang untuk menggugurkan kadungannya yang baru menjangkau 5minggu. Untuk melakukan satu pembedahan buah pinggang bg mendermakan kepada Atuknya. Tapi Tuan Putra tidak bersetuju tapi Adara nk sgt menderma dan gugurkan kandungan. Xboleh nk kata mse nie. Kecian sgt kat baby yang tak bersalah tu. Itulah kehidupan...

Namun niat itu, terbatal dengan terdapatnya seorang penderma. Iaitu Tuan Putra yang merahsiakan identitinya sbg penderma. Namun dalam masa yang sama, Adara keguguran kerana sikapnya yang tergopoh-gapah (Adara jatuh di pintu, pada masa pembedahan Atuknya).

Adara dan Tuan Putra cuba untuk berbaik. Tapi nasib tidak menyebelahi Adara dgn ketiadaan cahaya mata di perutnya. Banyak lagi liku-liku kehidupan Adara dengan tiadanya kasih sayang daripada seorang suami.

At the end, must Happy Ending. :)

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers