Sunday, January 29, 2012

Biru Ungu Cintaku



 

Cintaku Tak Pernah Bohong Walaupun Kau Salah Ertikannya…

Dalam cerita ada tersingkap drama...

Cerita novel ini menarik, sbb kisah mengenai seorang suami yang kuat sgt cemburu. Bagi mencari seribu satu jawapan, dia hilang kan diri dari isteri dan anak-anaknya. Siti Julia, isterinya, menjaga anak-anak tirinya seperti anaknya sendiri kerna sebuah kasih sayang antara dia dengan suaminya tercinta, Faeriz Syakim xpernah hilang. Walaupun dibiarkan isterinya begitu sahaja. Hanya kerna cemburu.

Berulang kali isterinya diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Isterinya terpaksa bertarung nyawa demi anak-anaknya. Julia tidak pernah tahu mengenai kisah hidup suaminya dulu dan dia juga tidak pernah berdendam dengan sesiapa pun, dan dia tidak pernah berbuat jahat dengan orang lain. Setiap tingkah laku nya setiap hari diketahui oleh kakaknya, Jesnita (tempat dia mengadu). Dan dengan itu kasih sayang dan rindu pada suaminnya tidak pernah lari. Dia berdoa setiap hari, mendoakan agar suaminya pulang ke pangkuan nya. Dia tidak tahu mana silapnya. Adakah disebabkan sekeping gambar yang jatuh dari wallet suaminya yang ditegurnya? Atau surat-surat cinta yang ditemui oleh suaminya di dalam kereta Julia?

Cemburu suaminya Julia bertambah dengan kehadiran seorang jejaka yang meminati Julia ketika di IPT, Dr. Qairul. Cemburu Syakim bertukar marah apabila Dr. Qairul mengaku suami kepada Julia dan anak-anaknya. Berdendam Syakim dengan Dr. Qairul. Dalam diam sebenarnya, ia hanyalah drama akaknya, Jesnita. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu! Dr. Qairul dan Jestina adalah pasangan kekasih.

Syakim yang selama ini cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai ‘Prince William’ di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?

Tambah lagi kisahnya dengan hadirnya Sonia, setiausaha rahsia Syakim. Sonia dalam diam jatuh cinta kepada Syakim. Tapi cinta nya beralih dengan kehadiran Hadi Iskandar. Hadi yang melamarnya semasa pertemuan beberapa jam, semasa ulang tahun kelahiran Sonia kerna rupanya Sonia serupa dengan kekasih lamanya dulu, Latina.

Kisah ini ditambah dengan kisah silam Datuk Salam, mengenai isterinya Mila Mirna. Bekas Isteri Syakim, Maya Indah dan abang Maya, Ishak. Dendam dan drama bertambah di sini dan dan kisah hidup yang berkait.

Love it. Selamat Membaca...

Monday, January 23, 2012

Lafazkan Cintamu



“Ucapkan sekali saja dan akan kusimpan di sepanjang hayatku”

Saya memang enjoy baca buku ni. Yang lambat habis tu bukan sebab slow ker apa tapi I’ve been sooooooooo busy, sibuk dengan kenduri kahwin akak. Time lewat mlm je bwu nk bce. N mate mula la ngantok, bersambung bce pada ari esok yer. Last...pas abeh kenduri, saya baru dpt masa weekend baru dpt habiskan.

Dalam novel ini menceritakan kisah dua insan yg jatuh cinta tapi tak melafazkannya. Banyak la jugak perkara yg mungkin dpt dielakkan sekiranya diorang ni awal2 dah declare perasaan masing2 but then nanti tak la jadi cerita pulak. Secara ringkas, kisah ni tentang Erina yang terbuang dari kampung sendiri kerana fitnah dan diaibkan. Dia bekerja dgn Haikal. Pertemuan pertama mereka menjadikan Haikal terkedu kerana Erina sangat iras dgn adiknya Hanna yg meninggal dunia dlm kemalangan jalanraya atas kecuaiannya dirinya. Sesalannya terubat bile hadirnya Erina bt Kamarudin.Ntah bila kemesraan mereka bertukar menjadi cinta tapi kedua2nya masih keliru dgn perasaan sendiri.

Haikal diminta menunaikan janji kpd Juliana dan Erina mula menjauhkan diri apabila Haikal bertunang. Haikal tahu Juliana sudah berubah hati namun janji tetap mesti ditunaikan. Erina bertindak menerima cinta Razwan utk mengelak syak wasangka Juliana (kecian kan Erina, die terpaksa bersetuju atas lamaran Razwan dsbbkan tidak mahu Haikal bertukar cinta kepadanya dan sbb die sayangkan Haikal sgt2). Perkahwinannya dgn Razwan di pelamin yg dibina utk Haikal adalah sangat tidak disangka-sangka. Erina mahu bahagia dgn Razwan tapi Razwan ada rahsia hitam yg menyiksa hidup dan batin Erina. Erina menjadi mangsa deraan Razwan. Erina nekad utk membebaskan diri dari Razwan apabila menyaksikan sendiri Razwan memadu asmara dgn orang lain, lebih2 mengecewakan lagi apabila ’orang lain’ itu adalah bekas tunangan Erina (Zamri), anak kpd lelaki yg menfitnah Erina. Ketika Erina terkapai-kapai memerlukan bantuan, Haikal hadir utk membantunya tapi Erina tahu sampai bila2 pun dia tak akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn orang sebaik Haikal. Perasaannya disimpan kejap dlm hatinya.

Serumah dgn keluarga Haikal menjadikan dirinya bahan umpatan. Haikal mampu tersenyum apabila ibu dan bapanya sendiri mahu Erina menjadi menantu mereka tetapi Erina ada alasan sendiri utk menolak. Namun apabila Haikal menjauhkan diri, Erina pula menanggung rindu.

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

Terbaek...

Sunday, January 15, 2012

Kau Yang Satu






Sinopsis:

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung. Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri iaitu Switzerland. Tempat dimana dia pergi berbulan madu bersama isterinya dan tempat yang memberi ketenangan kepadanya. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Setelah kebenaran terungkai, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki. Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu...'

Novel Terbitan Alaf 21 (2003)

Komen saya:
kau yang satu. First novel Library saya pinjam and bace. Satu-satu nya novel yg kak shima minat...ermmmm nk cite ape je yer salam novel nie? novel ini xde byk babak klimak gitu. Rse debar time satu part je tu. Time perut bella kene belah ngan Richard. Yg pening lam cite nie. Time die. 2bulan, 3bulan. Pening gak klo pk2 kan. tutup2, kuar anak. Or saya yg xreti nk kira. Xtaw la. Yang saya leh bg komen utk novel ni, jes enjoy reading a novel. 3 bintang tuk novel nie. (watever) 
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers