Thursday, October 25, 2018

Raisha Mikayla

25 Oktober 2018,
6 pagi, tanda-tanda nak bersalin Allah bagi kepada Aku,
Handphone kat tangan, mampu call suami, 
Balik ke Muar skrg, dari Klang,
Janji aku, nak jumpe suami dahulu,
Sakit dah makin kerap hingga jam 9pagi (selang 2min),
Terpakse terus ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar,
Bersama Ata, Ibu, Mak Itam & Anak sulungku,
Muka perlu happy, sebab nak jumpe suami dulu,
Tapi tak kesampaian, suami xdibenarkan masuk,
Kekhilafan Doktor di Ruang O&G xboleh nak lupa, 
Seorang ibu yang sakit nak bersalin, hanya Allah yg tahu...
Dr muda wanita tinggikan suara, tanya soalan yg xmasuk akal, 
Bile Due? Selalu Cek kat mne? Ada masalah kesihatan? 
Dalam buku pink tu, macam2 dah catat,
Kenape nak taye?
Aku sakit selang 1minit dah ni, 
Dengar Dr Muda bagitahu, nak hantar Aku ke Wad? 
Allahuakhbar...
Dalam hati, “Nape tak hantar ke Labour Room? Kenapa Wad?”
Sabar, Hidup ni ada Hukum Karma,
Sabar lah baby, Mama teran je lh kat Wad nanti...
Tapi Allah temukan aku dgn seorang Nurse yg sgt baik, 
Nurse tahu keadaanku, 
Nurse bantu aku hingga ke Labour Room, 
Nurse yg bagi arahan dekat Dr Muda, 
Patient ni Dah Nak Deliver...
Terima kasih, Nurse, 
Semoga Allah Permudahkan Urusanmu Nanti...
Jam 1155, Sempat suamiku teman dalam 10min, 
Semasa proses kelahiran baby,
Suami mampu bagi aku semangat,
Nurse yg garang2 bagi semangat lagi utk Aku mudah bersalin,
Alhamdulillah, Jam 1205 Raisha Mikayla selamat dilahirkan.
Sihat, Cantik, Wangi, Anak Mama, 
Moga Anak Mama membesar menjadi anak yg Solehah...
Amiinnn...ya rabbal’alamin...




Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers