Tuesday, October 30, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

Kisah mengenai seorang gadis yang bernama Tengku Aqilah. 


Novel ini dimulakan dengan kisah Reena...sape yer Reena?....Kisah hidup Reena berakhir dengan melahirkan anak keduanya, iaitu Tengku Aqilah. Ini adalah kerana sewaktu mengandungkan Qila, Reena dapat tahu bahawa beliau menghadapi breast cancer. Dan perlu menjalankan pembedahan dengan kadar yang segera. Tapi, malangnya...Reena tidak mahu kehilangan seorang bayi. Beliau sanggup menghadapi takdir sehinggalah Tengku Aqilah dilahirkan ke dunia. Dan beliau sempat melihat anaknya membesar, dan merasai kasih sayang anaknya walaupun sekejap.

Kelahiran Qila, telah menyebabkan penyakit yang dihadapi Reena telah merebak sehingga lumpuh separuh dari badannya. Itu tidak menjadi masalah kepadanya. Masalah besar yang dihadapinya adalah satu penghinaan seorang suami yang tidak pernah memberikan kasih sayang kepada anak yang dilahirkan, Qila. Setiap hari, Qila dihina dengan kata-kata seorang papa, yang tidak dipanggil dengan panggilan PAPA, tapi Pak Engku. Pilu hati seorang mama, Reena apabila mendengar anaknya sendiri pemanggilnya papanya, Pak Engku sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. 

Kehidupan Tengku Aqilah diteruskan tanpa sebuah kasih sayang. Tiada kasih sayang seorang mama, tiada kasih sayang seorang papa, dan tiada kasih sayang seorang kakak, Tengku Natasha. Liku kehidupannya diteruskan dengan hidupnya kasih sayang seorang mama yang masih kekal di dalam hatinya dan kasih sayang daripada Allah. 

Qila melanjutkan pelajaran di US kerana papanya sendiri ingin berjauhan dengannya. Kehidupan Qila adalah untuk meburu kasih sayang. Kasih sayang seorang papa. Selama 5 tahun Qila belajar di sana. Dan pulang ke Malaysia dengan seguling ijazah kelas pertama. 

Pulangnya Qila ke Msia, kakaknya Tasha telah menetapkan kerja untuknya, kerja sebagai tea lady di sebuah syarikat. Syarikat papanya sendiri. Sungguh hina seorang adik kandungnya pada kakaknya sehingga adik sendiri diberi kerja seperti itu. Tapi pada Qila, dia tidak kisah mengenai jawatan disandangnya kerana setelah jejaknya kakinya di bumi Msia, Qila telah menerima wasiat daripada seorang mama. Wasiat yang mengandungi seribu pengorbanan yang dia perlu lalui. Dalam wasiat itu tertulis, keinginan seorang mama hendak mendengar panggilan seorang anak kepada ayahnya dengan panggilan PAPA semasa menziarahi kubur mamanya. Sungguh perit wasiat itu kepada Qila. Tapi Qila tidak berputus asa. Dengan tingginya kasih sayangnya kepada mamanya, di sanggup mengharungi takdir. 

Banyak la pula cerita Qila nie. Nk cerita dari awal sampai akhir. Ermmm. Saya shortkan yer. Ini adalah antara kehidupan yang Tengku Aqilah lalui sehingga dia berkahwin dengan Tengku Ryan Ameer dan melahirkan seorang anak dengan tanpa kasih sayang: 


  • Semasa bekerja di syarikat papanya, Qila menukar wajahnya yang mirip mamanya dengan make up yang sangat tebal. Ala-ala opera Cina. (lawak time part ini)
  • Jadi seorang tea lady susah rupanya, ia la...kena bancuh minuman. Dan diberi kepada semua staf-staf. Dan staf yang paling menyakitkan hati dan dibencinya adalah Tengku Ryan. Ada ke patut dia mahukan Qila mennyediakan 10 air panas, 10 air sejuk, dan 10 air buah. Penyelesaian yang hebat, dia order di kedai mamak. Bijak juga Qila ye. g
  • Then, Qila dicabar oleh Tengku Ryan untuk berlawan bermain Golf. Nasib la Qila pernah bekerja sambilan semasa di US. Kelakar time part nie. Qila dengan best friendnya, Ana. Ending...Qila dapat kalahkan Tengku Ryan. 
  • Tengku Ryan masuk ke hospital disebabkan Qila menyelamatkannya dari kemalangan. Tanpa sebarang ucapan terima kasih, Qila dimarah oleh papanya yang menyebabkan bakal menantu kesayangannya kemalangan. Bukan itu sahaja, Qila menjadi penyebab Ku Ryan sakit perut. Hai, sakit perut pon jadi alasan nak marah anak. Dah anak tu dia bencikan. Hanya sedikit kesilapan diperbesarkan.  
  • Qila sempat menerima kasih sayang seorang papa. Ayah kepada Ku Ryan iaitu bapa saudara Qila, Tengku Hashim. Tapi hidupnya tidak panjang. Dengan hajat yang dipegang oleh Ku Hashim daripada Reena, iaitu menjadi wali kepada Qila dan mencarikan jodoh yang terbaik buat anak saudaranya tidak  kesampaian. Beliau hanya dapat memberikan wasiat yang menjanjikan kebahagian kepada anak dan anak saudaranya kelak. Iaitu dengan pemberian syer syarikat sebanyak 20% kepada Qila dan 40% kepada Ku Ryan dengan syarat, Ku Ryan hanya mendapatnya setelah berkahwin selama 6 bulan dengan Tengku Aqilah, dan bukannya dengan kekekasih Ku Ryan, Tasha. 
  • Perkahwinan diadakan dengan perjanjian, Qila akan diceraikan setelah 6 bulan berkahwin dengan Ku Ryan. Dengan harapan yang dipegang oleh Qila, dia mahukan kasih sayang dari seorang bapa. Tapi hampa. 
  • Sepanjang hidupnya bersama Ryan sebagai suami isteri, Ryan dapat melihat kecantikkan isterinya yang membuatkan dia jatuh cinta kepada Qila tanpa Qila sedari. Dan dengan masa yang sama. Qila dimarahi. EGO betul Tengku Ryan. Dah sayang Qila tu...cakap jela. (^_^). 
  • Dalam masa yang sama, Qila menerima kasih sayang daripada seorang papa. Dengan penyakit yang dihadapi oleh papanya, Qila dapat mencurahkan kasih sayangnya kepada papanya. Tiada perkataan Pak Engku lagi...PAPA. Panggilan PAPA yang dinantikan selama ini. Tercapai juga hajat mamanya untuk mendengar panggilan PAPA itu. (^_^) 
  • Setelah cinta Tasha ditolak oleh Ryan dan tiada penceraian yang akan berlaku, Tasha sanggup membohongi adiknya dalam kata lain menfitnah Tengku Ryan dengan harapan, dia perlu mendapatkan semula cinta Ryan. Dengan fitnah itu, Qila dibuang oleh suaminya sendiri. Sehingga dia tidak mampu melaluinya sehingga dia sanggup merahsiakan penyakit yang dihadapi oleh Qila kepada suaminya. Iaitu breast cancer dan dalam masa yang sama, kandungannya berusia 4 bulan. 
  • Qila menghilangkan diri...kerana dia tidak memerlukan kasih sayang suaminya. Cukupla hatinya terseksa, dia tidak sanggup penghadapi nya...Anak yang ada dalam kandungan telah menjadi penyeri hidupnya. Tanpa kasih sayang seorang suami. Pedih hati seorang isteri. 
  • Setelah genap 3 bulan merahsiakan kehadiran bayi dan penyakitnya, Ryan mengetahuinya dengan hati yang sangat pedih. Dia tidak sanggup kehilangan seorang isteri yang sangat dia cintai. Hanya kerana egonya dulu, isterinya menjadi mangsa. Dia memarahi dirinya. 
  • Dan......baca la novel Lafazkan Kalimah Cintamu. 
Selamat membaca. Terima kasih Siti Rosmizah, yang memberi mata ini menangis lagi. (^_^)

Hehehe....budak baru belajar edit gambar. (^_^)

Wednesday, October 10, 2012

I Love You Stupid


Sebuah novel yang menceritakan mengenai penderitaan umat Islam di Kemboja yang berbangsa Melayu Cham. Kemiskinan dan penderitaan penduduk yang sabar menghadapi segala ujian Allah.

Ditulis pelbagai pengajaran yang boleh dibelajar dan kita akan merasakan bahawa kita berada di negara owg, iaitu Kemboja. Negara yang kita tidak pernah jejaki. Tapi negara ini telah kita rasai hanya di novel ini.

Terima kasih Kak Melur Jelita, kerana telah mematangkan diri ini.

Salah satu pengajaran yang saya ambil dalam novel ini.

= Kita dilahirkan tanpa sebarang harta, dan kita akan kembali kepada tanpa sebarang harta, dan hanya harta amalan kita dilihat. Bukan harta kemewahan yang kita ada....

Monday, October 8, 2012

Ingat kan Jus Epal...Rupanya!!!

Xtaw la....npe akhir-akhir nie, asik mengidam nk minum jus je. Dah la kat AWANA (kedai mkn area parit raja) nie xde minuman jus-jus nie. Terpaksa la beli kat 7eleven. Nasib sebelah je, klo tidak. Kempunan la tekak nie, nk minum jus. Semalam minum jus epal merah. Sedap la jugak, minum xabeh lak tu. Ade lagi simpan kat meja study, wat hiasan. Hari nie, mengidam lagi. G lagi beli jus kat 7eleven. Dalam ati, beli la air ape pun, janji jus. Terpandang la air botol nie...(lihat di bawah yer). Dengan mata yang hanya melihat gambar kat botol nie, dan tertulis perkataan Sour disitu....saya fikir, ini adalah jus epal hijau. Buah kegemaran saya, sebelum epal merah. G la bayar...dengan niat, semalam da minum epal merah, arini minum jus yang masam lak, epal hijau.

Sampai je kat kedai makan, kawan tegur. "Nani minum yer durian...?". Meremang segala bulu roma, bile dgr perkataan durian. Then kawan ckp lagi. "Fiza minum durian belanda, sedap..." Dalam ati, uhhhh...selamat durian belanda rupenya. Tapi saya xpernah minum. Mcm mne nk cover nie?? Silap beli da nie.

Tanpa baca dan lihat jus tu...saya minum je la. Uhhhhh...sedap gak, sbb ade masam-masam sikit. Hehehe. Nasib la durian belanda kan. Klo pure durian xtaw la nk cover camne. Hahaha....

Moral of the value hari ini: Nk beli tu, baca betul-betul nama barang nie semua. Jangan main sebat je. Kan da kene batang hidung sendiri. Tu naseb jus die xrase pelik-pelik. Hehehe.


Weekend at Sentosa Island


 Trip With My frenz at Sentosa Island...


 Xtaw nk pose kat mne...Hehe peluk la tiang nie. Lawa gak. 

 
 Berpaut di tong sampah....coz tong smpah die bersih la, not like Msia. Sorry...hehe

 Had fun with all my frenz...included the lecturer. 

 Pisss...I'm ride the skyride. Best sgt....

 With one of my frenz...Fiza!!!

Syafa...u'r the best frenz...yg meninggal kan saya jauh. Hehehe. Seram gak naek skyride nie mlm2 lak tu. 

Lastly, boleh x klo saya nk pegi sana lagi? Xpuas la maen. Cepat sangat masa berlalu. Hope will go there soon. :) 

Tuesday, September 18, 2012

Luahan Hariz buat Kayra

Berkongsi satu slot dalam novel Bidadari Salju....

Sayang, 

maafkan aku andai tak sempurna mencintaimu, 
maafkan aku andai jiwa rapuh tak setia padamu, 
Namun percayalah dalam hati hanya dirimu yang bertakhta...

Tanpamu sepi dunia batinku,
tanpamu aku hanya sekujur jasad yang jiwanya mati, 
tanpamu nafasku lelah, tanpamu hatiku parah...

Mimpi, sepi dan kenangan kini menjadi teman sejati, 
Suka dan duka, tangis dan tawa bagaikan tiada erti, 

Kini aku  hanya memeluk bayang-bayangmu dari jauh, 
Kerna ini adalah jawapan bagi kekhilafanku, 
Aku menanti dan terus menanti, 

Kerna percaya, kau tetap bidadari yang menyinari hidupku, 
Biarpun selamanya sedingin salju. 

Bidadari SALJU

Kisah seorang gadis bernama Kayra...

Bala yang menimpa Kayra kerna dibuli oleh Hariz:- 

  1. Kayra diejek kerna dengan wajahnya yang hodoh, bau badan yang busuk.
  2. Buku kerja sekolah Kayra dicuri Hariz dan dikenakan denda oleh cikgu.
  3. Kayra dituduh membuat iklan dlm aktiviti pelacuran dan meletakkan gmbr Kayra dan digelapkan mukanya. 
  4. Kayra dituduh menulis surat cinta yang menghairahkan kepada Hariz. 
  5. Kayra diludah oleh Hariz.
  6. Kayra dipukul oleh Marisa, gf Hariz kerna dia tlh menghantar surat cinta kepadanya. 
  7. Hariz menghantar 3 org lelaki supaya mrogol Kayra. 
Hariz jatuh cinta kepada Kayra, setelah Kayra memberanikan dirinya menampar Hariz. Dan menyatakan kepada Hariz bahawa dirinya kurang terhadap kasih sayang. Hariz cemburu akan kasih sayang yang diberikan kepada Kayra dr Family nya. Hariz cukup cemburu. Disebabkan oleh itu, Hariz slalu membuli Kayra. Dan dia bahagia kerna dapat mengenakan Kayra. Dalam masa yang sama satu perasaan muncul setelah ditampar oleh Kayra.


Hariz sangat mencintai Kayra. Seribu kemaaf diminta dari Kayra terhadap perbuatan nya dulu. Hariz Insaf dgn apa yang berlaku pada zaman remajanya dulu. Tp Kayra tidak sanggup menerimanya...sehingga la Kayra dipaksa untuk bertunang dan berkahwin dengan Hariz. Dan CINTA Kayra kepada Hariz Bermula disitu. Pelbagai tuduhan dan fitnah yang Kayra dgr mengenai diri Hariz. Tp Hariz tidak jemu untuk memohon maaf kepada Kayra terhadap perbuatan nya dulu kerna die telah insaf. Dan dia telah berubah. 

Tp sayang...

Masa berlalu dengan pantas. Pelbagai suka dan duka berlaku di dalam novel ini. Menitis air mata ini, membaca novel mengenai diri Kayra. Dan Kagum dengan lelaki bernama Hariz. Kerna dia tidak putus untuk mencintai seorang wanita. Mencintai wanita yang bernama Kayra binti Ilyas....dari dulu, kini dan selamanya. 

Xleh cerita banyak2....Terlalu terguris hati ini, membaca novel nie. Dan Jantung nie bagaikan terhenti apabila fitnah berlaku. Dan Hariz menerimanya dan Kayra mendengarnya. Tapi Cinta Mereka sgt kuat. Sehingga the Happing Ending.....

Monday, September 17, 2012

Aku Takut Untuk Mencintai & Dicintai

Ya Allah...


Jantung ku berdegup kencang. 

Ape perlu aku buat??

Hatiku telah ku tutup untuk mencintai & dicintai...

Kerna hanya kepada Mu...akan ku memberi dan menerima CINTA-Mu...

Aku takut, Ya Allah. Aku takut untuk ini lagi. 

Aku takut untuk mengalirkan mutiara yang Engkau cipta. 

Aku takut hati ku berdarah...untuk kali kedua. 

Aku takut, Ya Allah...

Saturday, September 1, 2012

Takut Kahwin


Cerita mengenai seorang wanita yang sudah berumur 28 tahun, Puan Dr. Jasmine (yang digelar oleh Ben Carl, bakal suaminya, calon pilihan mamanya, Puan Christina). Tidak byk konflik yang ade dlm cerita ini. Hanya lah konflik mengenai ex-girlfriend's Ben Carl. Dan sikap Dr. Jasmine yang takut kahwin. Sikap Jasmine menjadi sedemikian adalah kerana ayahnya yang telah lari ke China bersama wanita lain dan meninggalkan mereka sekeluarga hidup tanpa seorang ayah dan mamanya sebagai ibu tunggal selama 20tahun.

**********

Tetapi dengan cinta yang kuat dari Ben Carl walaupun dirinya difitnah oleh ex-gf...Dr. Jasmine menjadi teman hidupnya. Tidak lagi perkataan Takut Kahwin dr wanita bernama Dr. Jasmine.

Wednesday, August 29, 2012

Menghilangkan Stress dengan CINTA

Ermmmm...saya stress lepas presentation di JKR. Ermmmm...npe saya dapat tajuk yang membangkang kerja-kerja JKR??? Hidup....hidup...

Nk release tension mcm mne?? Mcm2 lagu da dgr...layan movie?? ermmm....okey!!! Saya Cube....

Maharku Untukmu 
Best cite nie....smpai lewat mlm sy tido. But I still stress...
Tukar mood!!! mnghabiskan masa dengan melayan novel. Huhuhu...Menghabis kan dwit lagi....dengan membeli novel. Hidup2...ape nk jadi la ngan saya skunk nie. Hehehe...gile stress!! Mcm mne la...nk layan novel klo stress?? Give me some idea....

Thursday, August 23, 2012

Soundtrack Drama Adam & Hawa

Ermmm...sedih la gini. Novel tukar jadi Drama da.... Npe la suare Siti camtu. Xbez tol. Nyanyi bukak mulot tu besar2. Adoi...gandingkan dgn Hafiz lak tu. Da la owg minat die. Xpe la...semua manusia nk cari makan. Minat je la suare die. Yg xminat. Npe Adam & Hawa wat drama?? Ermmm...???? Okey...nk lepak sebelum abeh ofis hour.

Friday, August 3, 2012

Sehangat Asmara



Cinta itu buta. Cinta tidak mengira pangkat. Zainal yang hanya ingin membantu Kamilia Najwa daripada sesat, jatuh cinta akhirnya kepada Kamilia. Meraka akhirnya berkahwin tanpa persetujuan kedua ibu bapa Kamilia. Kamilia akhir akur dengan tindakan family nya. Terdapat seribu persoalan dimana berlakunya perpisahan di antara mereka. Sebabnya??? 

Bermula daripada rancangan ayah Kamilia yang ingin memisahkannya dengan Zainal supaya berkahwin dengan Azman, anak sajabat rakan kongsinya. Tetapi hubungan Kamilia dengan Azman adalah sekadar kawan biasa sahaja. Kerana walaupun berlaku perpisahan diantara dirinya denan Zainal. Hati Kamilia hanyalah untuk Zainal selamanya. Hinggalah Kamilia melahirkan seorang anak bernama Misya. Hubungan antara Kamilia dengan Zainal. 

Perpisahan mereka berlaku selama 9 tahun. Tanpa sebarang khabar berita. 9 Tahun...baru Zainal muncul...kemana dan mengapa baru sekarang Zainal muncul?? Dan kemunculan beliau adalah untuk berjumpa dengan anaknya, Misya. 

Persoalan mengapa Zainal baru muncul setelah sekian lama? Ia adalah rancangan ayah Kamilia juga, yang telah insaf daripada perbuatan nya yang lama. Yang memisahkan Zainal dan Kamilia. 

Zainal dan Kamilia telah berkahwin semula...Bagaimana hidup mereka?? Kehidupan Kamilia tidak teratur kerana dia tidak mengetahui sebab sebenar Zainal berpisah dengannya dulu selama 9 Tahun...

Rahsia yang terpendam oleh Zainal akhirnya pecah. Setelah adik Zainal, Yani menceritakan mengenai hal sebenar perpisahan mereka. Perit sungguh kehidupan Zainal yang terpaksa memilih hanya satu daripada dua pengorbanan pada 9 tahun dahulu, antara Kamilia atau Famili nya. Bagaimana ia berlaku??

Ayah Kamilia telah menarik pinjaman pembelajaran adik-adik Zainal yang sedang belajar. Dan Zainal tiada pilihan lain, hanya dengan cara meninggalkan Kamilia seorang diri di London.  Dan pada masa yang sama, Zainal tidak mengetahui bahawa Kamilia sedang mengandung ketika itu. Dan hanya masa yang menentukan hubungan mereka. 

Setelah cerita sebenar terbongkar, Kamilia marah dengan ayahnya sendiri. Dan berlaku pertelingkahan. Sehinggalah Kamilia memaafkan ayahnya setelah dipujuk oleh Zainal. Dan lahirlah anak mereka yang kedua...

Tamat....

Sunday, July 29, 2012

Bakal Isteriku Gangster


Macam biasa la yer...rutin saya pada hujung minggu, menghabiskan mase dengan bace novel.

20:25: Ink printer habes la pulak. Owg bru nk printer tender nie. Aduhhh...pening2.

21:30: Selepas selesai terawih. G cari ink kat famous shopping mall in Muar, Wetex...

21:35: Byk yer kete kat sini. Ade Sale ker? opsss lupe ari cuti esok.

21: 37: Ade pasar karat rupenye kat depan tu. Patot la byk sangat kete yer. Ok...twon kete. Dengan tujuan yang satu.

21:38: Aduh, silap masuk lift la. Lift tu nk twon. Saya nk naek. Sabar je la. Tingg......Sampai level 3 sudah.

20:40: Okey, setel da beli ink. Thx Bos... Nk singgah Tanjung Mas, alaaa mcm mne nie? Xbawak phone la.

21:41: Xpe la,, singgah sat...hehehe

21:42: Taye kat promoter, "ade novel isteriku gangster x?"...adik tu jawab, "jap yer, ermmm isteriku gangster xde, tapi bakal isteriku gangster ade la... Aduh, spoil tol la. Hehehe...terkene sudah. Xsporting tol la promoter tu.

21:43: Xjadi beli la. Dwit cukup2 ja. Singgah beli topup then ...twon bawah. Janji ngan ibu tggu kat depan McD.

21:45: Nie yang lemah nie. Xsuke tggu owg. Okey, naek atas blek. Jmpe ibu kat Tanjung Mas. Then mtk ibu belanje beli novel, for the first time. Hehehe. Thx Ibu. I love You la...T dpt  gaji nk belanje ibu lak. :)

Dapat la novel Bakal Isteriku Gangster....Ape lagi yg nk tggu. Ermm...
Kali nie, malas la nk cerita sinopsis novel nie. Bukan xbest. Best sgt2. Sbb novel nie laen drpd yang laen. hehehe. Okey la. Tamat kat sini je cerite nie. Nk g tido la. Nite. (@_@)

Sunday, July 22, 2012

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik


Cerita nie sweet sgt...

Yela...Husband Nura Alia Autistik tapi Romantik!!! Romantik sgt2. Sampai la Nura Alia jatuh cinta kat die. Bagi Alia, walaupun husband die Autistik. Die tetap cinta...sayangkan laki die. Die redha dgn takdir die. Smpai la satu haritu, laki die dpt tahu tujuan sebenar Nura Alia...die mrh sangat2 kat Lia. Cian kat Lia. Da la die cinta sgt2 kat laki die. Hish asik ckp laki die je xabeh2. Ade name la laki die tu. Nme panggilan Boboy a.k.a Syed Azman...0pps, silap tu nme ayah die. Syed Azwan. Best yer owg ade Syed nie. Ermmm....Pastu reda balek diowg. Pape la. Tambahan lg...dalam cerita nie, asik keje merajuk, pastu wajib kene dipujuk. Tu yang sweet sgt. Dan yang paling best lagi. Syed Azwan xpernah mungkir JANJI. I love this one (sbb saya xsuke owg yang mungkir janji. Xkesah la die tu selalu buat salah ke, ape ker. Janji jgn la mungkir janji. Allah xsuke hamba die mungkir janji). So...nk kate psal ending lak. Lepas kejadian rahsia sebenar Nura Alia terbongkar (balas dendam to- ex die, Syed Azmi), Boboy p0wn bongkarkan segala rahsia die yang menyebabkan die berlakon sebagai seorang Autistik. Time nie sweet gile2. Hehehe. Yela, Semua owg dapat tahu bahawa Syed Azwan adalah seorang yang normal sebenarnya. Owg pertama yang paling malu adalah Nura Alia...Yela, mne xmalu ye. Die yang suke buli Boboy dulu. Sekali...Boboy tu normal sebenarnya. Malu la die. Tu yang merajok tu. Tapi best ahhh....Syed Azwan reti pujuk bini die. Hehehe....So Romantik.

Last sekali...byk la jugak rahsia yang Syed Azwan ade yang perlu Nura Alia gali. Tp tu la yang membuatkan Lia sayang sgt2 kat Syed Azwan. Habesssss....

Weekend yang membahagiakan.....2 ari abehkan novel nie.

Thursday, July 19, 2012

Motorola C261


Time sedang bosan di JKR...nie la kerja saya. Hehehehe. Jom kongsi  with My First Hp....

My first Handphone...mne handphone nie hilang yer?? sayang yer. Byk gmbr2 time sekolah dulu. Ermmm...hanya tinggal kenangan. Miss you my phone. 

Tuesday, July 17, 2012

Ada Di Hati



http://www.ziddu.com/download/18908243/Ada_Di_Hati_PDF.pdf.html

seandai kau tahu,apa yang ku mahu..mahukah dirimu untuk mendekatiku...dan aku tak bisa,memaksa dirimu walau dlm tidur, ku kan menantimu..hingga akhir nanti...  

Monday, July 16, 2012

My Love Playgirl


Novel yang sekian lama dibeli....baru dibuka sampulnya. Dan disampul semula dengan pembalut yang sungguh indah warnanya. Hehehe. Time beli novel nie-18 Feb 2012. Kira2...brape bulan yer?? Hahahaha...Nani owh nani.



My Love Playgirl...kehidupan seorang wanita bernama Puteri Laila aka playgirl with Hasrul aka bapak saudara Puteri Laila. Lawak sungguh la novel nie, walaupun byk yang merepek. Tp ape leh wat. Da name p0wn novel. Mmg best la....

Thursday, July 12, 2012

GHOST (Korean Drama)


Tugas Hari Ini....Di JKR. Mendownload dan Menonton Drama!!!


Monday, July 9, 2012

Seharum Wangian Syurga



Best kisah novel ini....tapi saya xbace part konflik. Sebab buat pertama kali saya xde sebarang semangat tuk terima fitnah seorang ustaz muda, Aliff. Oleh itu, seribu satu kesabaran diperlukan untuk bace novel ini. Tapi saya xboleh nk teruskan yer, sbb terlalu hina bagi saya.

Sinopsis:

ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya diputuskan kerana fitnah. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau.

Sebuah Perkahwinan...............

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk menunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah.

Akhirnya, mereka diijab kabul untuk bersama. Ini adalah jodoh mereka berdua. Kerna Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.

Sunday, July 8, 2012

Futsal Di Taman Sri Treh


Sowi...no picture 2 share, lupe la nk amek gambar. Excited sgt tgok bola yang satu. Hehehe...

Mengisi masa lapangku dengan menonton perlawanan Futsal Di Taman Sri Treh bagi Piala Dato' Saiful.

First time saya tgok owg maen futsal dekat padang rumput....tp best gak. Xde la lame and ramai player yang maen. Match start kul 10pagi dan tamat jam 6ptg. Yang disertai oleh 16 pasukan. Ramai tu....

Time sesi pagi....rmai la. Time petang, kurang da penontonnya. Sbb nye, taw2 je la. Ramai yang balek sbb kalah. Da kalahkan, watpe nk tgok. Tp, saya yang xmaen p0wn, nk tgok....sbb yer bosan duk uma. And EPL belum start g. Dahaga tgok bola...

Dengan suasana yang becak (Becak ke lecak?? hehehe lemah BM sowi)...semua team yang maen semangat sgt2 wei. Sanggup maen semata2 nk menang. Memangla nk menang, xkan diowg nk kalahkan. Hahahaha.

Dan perlawanan yang Final adalah yang paling mantap la...antara kumpulan Bananana and AZ FC (walaupun xfamous). Time nie, baru la dapat rase semua owg tonton dengan khusyuknya. Klo perlawanan sebelumnya, sesetengah owg je yang tgok. Nk sorak p0wn segan, al-maklumla....saya nie p0mpuan. Sorak diam2 sudah.

Kat sini, dapat la tgok2 owg2 muar maen bola. Yg saya tahu, yang maen dalam liga Msia p0wn ade gak join, tp hehehe....saya xkenal la.

Hope ade lagi aktiviti menarik tiap2 hujung minggu nanti.

Wednesday, July 4, 2012

Jauh



  • Kisah mengenai kehidupan Ika dan Zahar yang perlu disatukan atas dasar Perniagaan. 
  • Bukannya cinta. 
  • Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. 
  • Ika pergi ke UK untuk mencari ketenangan dan melawat keluarga ibu saudaranya. 
  • Di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. 
  • Hatinya bertambah berani untuk memikirkan mengenai keputusannya untuk memutuskan pertunangannya dengan Zahar sekembalinya ke tanah air kerana cinta dan rindu kepada Fikri telah bersemi di luar negara. 
  • Setelah Ika kembali ke tanah air, dia memutuskan pertunangan dengan Zahar dan dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. 
  • Ika sabar dan sentiasa membayangkan kata-kata Fikri walaupun beliau tiada disisinya ketika itu. 
  • Setelah dua tahun berlalu Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula.
  •  And......happy ending 

Wednesday, June 27, 2012

Salju Sakinah



Kisah mengenai kehidupan Sumayyah: 
  1. Putus Cinta dengan kekasihnya Afzan, yang berkawan semasa dibangku sekolah lagi.
  2. Pertemuan dengan Naufal, seorang ustaz yang menegur dirinya semasa pulang dari membeli barang dapur. Kerana Sumayyah keluar seorang diri pada waktu malam. 
  3. Kematian ayahnya semasa di sedang mengambil peperiksaan akhir. Dimana kematian ayahnya diberitahu setelah dia pulang ke Msia. 
  4. Dia diberi tanggungjawab untuk menjaga Perniagaan kerepek ayahnya. Kerana sebelum pemergiaan ayahnya, beliau mahu Sumayyah menjadi pengurus yang menguruskan perniaagannya itu. 
  5. Tanggungjawab diberikan oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya untuk memberikan ceramah agama. 
  6. Sumayyah menerima fitnah dari jirannya, bahawa beliau menggoda laki jiran (padahal laki dia yang gatal). 
  7. Hati Sumayyah diuji oleh Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Tapi Hati Sumayyah belum boleh menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya lagi. 
  8. Kemelut keluarga Sumayyah di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. 
  9. Diakhiri cerita ini, kak long nya kehilangan suaminya dan Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar petir.
  10. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan. Dan tidak lama kemudian, hatinya dipikat oleh Muazam (suaranya mirip Afzan yang menguruskan perniagaan kerepek setelah kematian ayahnya).
  11. Sumayyah diuji lagi dengan kegagalannya dalam satu subjek. Dan memaksanya untuk kembali ke Jordan bagi menamatkan pengajiannya. 
  12. Sumayyah malu dengan dirinya kerana masih lagi menuntut di Jordan hanya kerna gagal dalam satu subjek. 
  13. Sumayyah disunting oleh Naufal melalui Hakimi dan Hakimah (rakan karib Sumayyah yang telah berkahwin). 
  14. Dia dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa Naufal semasa sedang membeli persiapan perkahwinan mereka. 
  15. Sumayyah berkahwin dengan Naufal di Jordan setelah menerima persetujuan daripada emaknya.  
  16. Setelah tamat peperiksaan, Sumayyah menerima berita kemalangan melalui media. Dalam masa yang sama, suaminya pergi ke pekan. Debaran dihadapi oleh Sumayyah....
  17. .......suaminya tidak terlibat dalam kemalangan. 
  18. Naufal memberikan hadiah yang paling indah kepada Sumayyah. Iaitu Menunaikan Ibadah Haji bersama suaminya. Dalam masa yang sama, emaknya juga akan pergi dan akan berjumpa di tanah suci Makkah. 
The Best.....

Sunday, June 17, 2012

Movie + Novel + Bola


Setelah selesai Perang Dunia Pertama.  Kite layan movie ini. Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. 


Komen: Kelakar la filem nie. Terkesima jap. Gurl jadi gladiator??? COMELnya...

2 jam kemudian...

2 minggu puase Novel. Sanggup xtido nk abeh kan drama nie. Romantik plus Dramatis. Pape p0wn, nk release tension la kate kan. Yang best yer dalam novel nie, dalam ego-ego diowg,  gak jiwang nya. Yang penting, xde ape yang sedih dalam cite nie. Semuanya happy story....

10 minit kemudian.....


Seminggu puasa bola. Exam yer pasal. Sedih sgt2. Nk buat camne kan. Sekarang nie da besar, kene fikir yang mana satu penting. 

But all of this is just my entertainment. Pape p0wn. Diowg la yg terbaik untuk diluangkan mase stiap ari. Xde la nk bazir kan kdt gayut ari2. Kang klo nk jaga hati sendiri, hati owg laen lak yang sakit lagi la teruk. 
Okey....ngantok da nie. Sambung tido.  

Wednesday, June 13, 2012

Total Recall starring by Collin Farrell

Collin Farrell is Back!!!!!

This is My IDOL!!! Xtaw la kenapa....Tp saya jadi teruja bile tgok die in new filem this 2nd August. Klo jumpe, mmg pengsan la sy. Hehehe. Gile dunia with this guy. Yang paling saya trauma adalah lakonan die....Watak jahat ker watak baek...ganas....romantik.....Owhh!! Hehehehe....:)  Lantak la owg kate saya gedik ker ape ker. He is my idol dr kecik, smpai la skunk nie...Saya mmg xsabar pas dgr film lakonan die nk kuar 2 August nie. Same date with my elder brother's Birthday. Hope my brother, Along stay here until this 2nd August. Can't wait. Okey...continue study!

Ini slot Trailer for his coming movie. 


Friday, June 8, 2012

Seindah Sakura



Kisah Kehidupan Shakira....walaupun di dalam sebuah novel yg telah difilemkan or drama kan...

Terlalu banyak ujian telah mu terima Shakira. Kamu tabah menghadapi nya. Walaupun ku tahu, ia hanya sebuah novel. Tetapi terlalu banyak nasihat yang ku terima dalam novel ini. Kekayaan kewangan di dunia, tidak mendatangkan kebahagian di dunia mahupun diakhirat.

Kesabaran, Keikhlasan, Kemaafan seseorang itu amat diperlukan dalam kehidupan ini.

Sabar menghadapi ujian ALLAH...
Ikhlas dalam melakukan amalan kerana ALLAH...
Maaf dalam kesilapan sendiri dan hamba-hamba ALLAH...

Pada-Mu aku bersujud dan hanya pada-Mu aku berserah...


Kemaafan dipinta jika terdapat kesalahan terhadap kata-kata saya ini.

Saturday, June 2, 2012

Tak Semanis Impian


Kata-kata manis Norseha kepada Razif di atas sekeping kad:
         
Aku bagai pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari. Menanti air laut membasahi, ketika sang mentari membakar dan mengeringkan tubuhku. 
          Aku bagai pasir pantai yang mengharap ombak, menggerak dan mengalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari keinginan. 
          Dimanakah  kau ketika aku terkapar kesepian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam?
          Kekasih, kaulah air dan ombak yang sangat kudambakan. Hadirmu bagai titisan embun menyegarkan kelopak bunga-bungaan. Sang embun itu adalah cintamu yang sangat kuharapkan. Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan. Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagiaan. 
          Kekasih, jika sewaktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu, panggillah namaku, kerana di situ ada cinta, ada rindu yang sangat mengharap balasan kasihmu.

Best klo bace ayat nie. Tp saya xreti nk mengarangnya. Sbb xde perasaan cinta macam Norseha nie. Begini ker, klo owg bercinta??

Sunday, May 13, 2012

Ao No Exorcist


Tadi cerita Drama Series....skunk anime lak. Nani OO...nAni.....

Anime is back...this first time I talk about anime I think....right now. Da bertukar blek ke minat yang lame. Dengan menonton animasi. Tgok graphics anime nie, lawa sgt. Teruja lak nk tgok....Huhuhuhu! Minat, minat jugak. Asignment?? PSM?? Tutorial?? How about this one....Final Exam?? Disaster woooo....okey gudluk nani. Kite tgok same2 t...

Once Upon A Time



 
Jom layan trailer for this drama...saya tertarik ngan muzik die. With a little bit of action that it show in this trailer. I cant wait to watch it. Cause i love fairy tale movie. For more info go to > http://www.imdb.com/title/tt1843230/

Thursday, May 10, 2012

Hati seorang wanita


Perlukah kau bertanya tentang hatiku
Sedangkan sejak itu kau telah tahu
Betapa ku kecewa oleh perbuatan
Yang tibe di luar jangkaan...

Ku rela diriku begini
Seperti karang di samudera sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani...

By Siti Rosmizah - Takdir Itu Milik Aku

Bagaimana Kisah Hidup seorang anak yatim piatu bernama Dian Zara??

Thursday, May 3, 2012

Avenger (Labour Day)


 

1 May: Celebrate Labour Day with Avengers...ermmm, siapkan semua kerja kecuali PSM sebelum g Big Cinema. Fullhouse ahh kot, time g tgok. Hanya tinggal 2 sit ja. Huhuhu...naseb baek. Dengan popcorn yang xcukup (laen kali beli yang besar) tonton Avengers. Eja reti "Avengers" nie...nk pronouns hancur. Uhhh putar2 lidah nie.

Nk komen psal cerita nie...xtaw la camne. Jalan cerita die agak merepek. Tp byk sgt action. Best!!!  Xbosan tonton.Okey- continue next (with more happy story frm me)


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers