Tuesday, October 30, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

Kisah mengenai seorang gadis yang bernama Tengku Aqilah. 


Novel ini dimulakan dengan kisah Reena...sape yer Reena?....Kisah hidup Reena berakhir dengan melahirkan anak keduanya, iaitu Tengku Aqilah. Ini adalah kerana sewaktu mengandungkan Qila, Reena dapat tahu bahawa beliau menghadapi breast cancer. Dan perlu menjalankan pembedahan dengan kadar yang segera. Tapi, malangnya...Reena tidak mahu kehilangan seorang bayi. Beliau sanggup menghadapi takdir sehinggalah Tengku Aqilah dilahirkan ke dunia. Dan beliau sempat melihat anaknya membesar, dan merasai kasih sayang anaknya walaupun sekejap.

Kelahiran Qila, telah menyebabkan penyakit yang dihadapi Reena telah merebak sehingga lumpuh separuh dari badannya. Itu tidak menjadi masalah kepadanya. Masalah besar yang dihadapinya adalah satu penghinaan seorang suami yang tidak pernah memberikan kasih sayang kepada anak yang dilahirkan, Qila. Setiap hari, Qila dihina dengan kata-kata seorang papa, yang tidak dipanggil dengan panggilan PAPA, tapi Pak Engku. Pilu hati seorang mama, Reena apabila mendengar anaknya sendiri pemanggilnya papanya, Pak Engku sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. 

Kehidupan Tengku Aqilah diteruskan tanpa sebuah kasih sayang. Tiada kasih sayang seorang mama, tiada kasih sayang seorang papa, dan tiada kasih sayang seorang kakak, Tengku Natasha. Liku kehidupannya diteruskan dengan hidupnya kasih sayang seorang mama yang masih kekal di dalam hatinya dan kasih sayang daripada Allah. 

Qila melanjutkan pelajaran di US kerana papanya sendiri ingin berjauhan dengannya. Kehidupan Qila adalah untuk meburu kasih sayang. Kasih sayang seorang papa. Selama 5 tahun Qila belajar di sana. Dan pulang ke Malaysia dengan seguling ijazah kelas pertama. 

Pulangnya Qila ke Msia, kakaknya Tasha telah menetapkan kerja untuknya, kerja sebagai tea lady di sebuah syarikat. Syarikat papanya sendiri. Sungguh hina seorang adik kandungnya pada kakaknya sehingga adik sendiri diberi kerja seperti itu. Tapi pada Qila, dia tidak kisah mengenai jawatan disandangnya kerana setelah jejaknya kakinya di bumi Msia, Qila telah menerima wasiat daripada seorang mama. Wasiat yang mengandungi seribu pengorbanan yang dia perlu lalui. Dalam wasiat itu tertulis, keinginan seorang mama hendak mendengar panggilan seorang anak kepada ayahnya dengan panggilan PAPA semasa menziarahi kubur mamanya. Sungguh perit wasiat itu kepada Qila. Tapi Qila tidak berputus asa. Dengan tingginya kasih sayangnya kepada mamanya, di sanggup mengharungi takdir. 

Banyak la pula cerita Qila nie. Nk cerita dari awal sampai akhir. Ermmm. Saya shortkan yer. Ini adalah antara kehidupan yang Tengku Aqilah lalui sehingga dia berkahwin dengan Tengku Ryan Ameer dan melahirkan seorang anak dengan tanpa kasih sayang: 


  • Semasa bekerja di syarikat papanya, Qila menukar wajahnya yang mirip mamanya dengan make up yang sangat tebal. Ala-ala opera Cina. (lawak time part ini)
  • Jadi seorang tea lady susah rupanya, ia la...kena bancuh minuman. Dan diberi kepada semua staf-staf. Dan staf yang paling menyakitkan hati dan dibencinya adalah Tengku Ryan. Ada ke patut dia mahukan Qila mennyediakan 10 air panas, 10 air sejuk, dan 10 air buah. Penyelesaian yang hebat, dia order di kedai mamak. Bijak juga Qila ye. g
  • Then, Qila dicabar oleh Tengku Ryan untuk berlawan bermain Golf. Nasib la Qila pernah bekerja sambilan semasa di US. Kelakar time part nie. Qila dengan best friendnya, Ana. Ending...Qila dapat kalahkan Tengku Ryan. 
  • Tengku Ryan masuk ke hospital disebabkan Qila menyelamatkannya dari kemalangan. Tanpa sebarang ucapan terima kasih, Qila dimarah oleh papanya yang menyebabkan bakal menantu kesayangannya kemalangan. Bukan itu sahaja, Qila menjadi penyebab Ku Ryan sakit perut. Hai, sakit perut pon jadi alasan nak marah anak. Dah anak tu dia bencikan. Hanya sedikit kesilapan diperbesarkan.  
  • Qila sempat menerima kasih sayang seorang papa. Ayah kepada Ku Ryan iaitu bapa saudara Qila, Tengku Hashim. Tapi hidupnya tidak panjang. Dengan hajat yang dipegang oleh Ku Hashim daripada Reena, iaitu menjadi wali kepada Qila dan mencarikan jodoh yang terbaik buat anak saudaranya tidak  kesampaian. Beliau hanya dapat memberikan wasiat yang menjanjikan kebahagian kepada anak dan anak saudaranya kelak. Iaitu dengan pemberian syer syarikat sebanyak 20% kepada Qila dan 40% kepada Ku Ryan dengan syarat, Ku Ryan hanya mendapatnya setelah berkahwin selama 6 bulan dengan Tengku Aqilah, dan bukannya dengan kekekasih Ku Ryan, Tasha. 
  • Perkahwinan diadakan dengan perjanjian, Qila akan diceraikan setelah 6 bulan berkahwin dengan Ku Ryan. Dengan harapan yang dipegang oleh Qila, dia mahukan kasih sayang dari seorang bapa. Tapi hampa. 
  • Sepanjang hidupnya bersama Ryan sebagai suami isteri, Ryan dapat melihat kecantikkan isterinya yang membuatkan dia jatuh cinta kepada Qila tanpa Qila sedari. Dan dengan masa yang sama. Qila dimarahi. EGO betul Tengku Ryan. Dah sayang Qila tu...cakap jela. (^_^). 
  • Dalam masa yang sama, Qila menerima kasih sayang daripada seorang papa. Dengan penyakit yang dihadapi oleh papanya, Qila dapat mencurahkan kasih sayangnya kepada papanya. Tiada perkataan Pak Engku lagi...PAPA. Panggilan PAPA yang dinantikan selama ini. Tercapai juga hajat mamanya untuk mendengar panggilan PAPA itu. (^_^) 
  • Setelah cinta Tasha ditolak oleh Ryan dan tiada penceraian yang akan berlaku, Tasha sanggup membohongi adiknya dalam kata lain menfitnah Tengku Ryan dengan harapan, dia perlu mendapatkan semula cinta Ryan. Dengan fitnah itu, Qila dibuang oleh suaminya sendiri. Sehingga dia tidak mampu melaluinya sehingga dia sanggup merahsiakan penyakit yang dihadapi oleh Qila kepada suaminya. Iaitu breast cancer dan dalam masa yang sama, kandungannya berusia 4 bulan. 
  • Qila menghilangkan diri...kerana dia tidak memerlukan kasih sayang suaminya. Cukupla hatinya terseksa, dia tidak sanggup penghadapi nya...Anak yang ada dalam kandungan telah menjadi penyeri hidupnya. Tanpa kasih sayang seorang suami. Pedih hati seorang isteri. 
  • Setelah genap 3 bulan merahsiakan kehadiran bayi dan penyakitnya, Ryan mengetahuinya dengan hati yang sangat pedih. Dia tidak sanggup kehilangan seorang isteri yang sangat dia cintai. Hanya kerana egonya dulu, isterinya menjadi mangsa. Dia memarahi dirinya. 
  • Dan......baca la novel Lafazkan Kalimah Cintamu. 
Selamat membaca. Terima kasih Siti Rosmizah, yang memberi mata ini menangis lagi. (^_^)

Hehehe....budak baru belajar edit gambar. (^_^)

Wednesday, October 10, 2012

I Love You Stupid


Sebuah novel yang menceritakan mengenai penderitaan umat Islam di Kemboja yang berbangsa Melayu Cham. Kemiskinan dan penderitaan penduduk yang sabar menghadapi segala ujian Allah.

Ditulis pelbagai pengajaran yang boleh dibelajar dan kita akan merasakan bahawa kita berada di negara owg, iaitu Kemboja. Negara yang kita tidak pernah jejaki. Tapi negara ini telah kita rasai hanya di novel ini.

Terima kasih Kak Melur Jelita, kerana telah mematangkan diri ini.

Salah satu pengajaran yang saya ambil dalam novel ini.

= Kita dilahirkan tanpa sebarang harta, dan kita akan kembali kepada tanpa sebarang harta, dan hanya harta amalan kita dilihat. Bukan harta kemewahan yang kita ada....

Monday, October 8, 2012

Ingat kan Jus Epal...Rupanya!!!

Xtaw la....npe akhir-akhir nie, asik mengidam nk minum jus je. Dah la kat AWANA (kedai mkn area parit raja) nie xde minuman jus-jus nie. Terpaksa la beli kat 7eleven. Nasib sebelah je, klo tidak. Kempunan la tekak nie, nk minum jus. Semalam minum jus epal merah. Sedap la jugak, minum xabeh lak tu. Ade lagi simpan kat meja study, wat hiasan. Hari nie, mengidam lagi. G lagi beli jus kat 7eleven. Dalam ati, beli la air ape pun, janji jus. Terpandang la air botol nie...(lihat di bawah yer). Dengan mata yang hanya melihat gambar kat botol nie, dan tertulis perkataan Sour disitu....saya fikir, ini adalah jus epal hijau. Buah kegemaran saya, sebelum epal merah. G la bayar...dengan niat, semalam da minum epal merah, arini minum jus yang masam lak, epal hijau.

Sampai je kat kedai makan, kawan tegur. "Nani minum yer durian...?". Meremang segala bulu roma, bile dgr perkataan durian. Then kawan ckp lagi. "Fiza minum durian belanda, sedap..." Dalam ati, uhhhh...selamat durian belanda rupenya. Tapi saya xpernah minum. Mcm mne nk cover nie?? Silap beli da nie.

Tanpa baca dan lihat jus tu...saya minum je la. Uhhhhh...sedap gak, sbb ade masam-masam sikit. Hehehe. Nasib la durian belanda kan. Klo pure durian xtaw la nk cover camne. Hahaha....

Moral of the value hari ini: Nk beli tu, baca betul-betul nama barang nie semua. Jangan main sebat je. Kan da kene batang hidung sendiri. Tu naseb jus die xrase pelik-pelik. Hehehe.


Weekend at Sentosa Island


 Trip With My frenz at Sentosa Island...


 Xtaw nk pose kat mne...Hehe peluk la tiang nie. Lawa gak. 

 
 Berpaut di tong sampah....coz tong smpah die bersih la, not like Msia. Sorry...hehe

 Had fun with all my frenz...included the lecturer. 

 Pisss...I'm ride the skyride. Best sgt....

 With one of my frenz...Fiza!!!

Syafa...u'r the best frenz...yg meninggal kan saya jauh. Hehehe. Seram gak naek skyride nie mlm2 lak tu. 

Lastly, boleh x klo saya nk pegi sana lagi? Xpuas la maen. Cepat sangat masa berlalu. Hope will go there soon. :) 
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers