Sunday, January 19, 2014

MoGa KaU MeNgeRTi


Novel ini menceritakan mengenai Kisah Hidup Adeena. Seorang gadis yang suka memendam perasaanNya dengan seorang lelaki yang menyukainya sejak zaman sekolah lagi. Kamali....itulah nama yang tersemat dalam hatiNya sejak 10 tahun yang lalu. 

Adeena....HidupNya sbg seorang wartawan, ke hulu-ke hilir mencari cerita yang panas untuk dimasukkan didalam majalah. Waktu rehatNya selalu terganggu dengan kerja yang bertimbun. Dalam hatiNya, kalaulah emaknya tahu kerjaNya sebegini sibuk. Hendak cuti utk pulang ke kampung pun susah. 

Dr.Adib...Seorang doktor yang pernah ditemubual oleh Adeena, telah jatuh cinta dengannya. Dimana dia berada, hanya nama Adeena diingatiNya. 

Tetapi...Seperginya Dr.Adib ke Melbourne, Adeena membuat keputusan untuk mendekatkan diri dengan Kamali, setelah Kamali menghilang selama 10tahun. Adeena mula menjauhkan diriNya dengan Dr.Adib dan beliau telah menerima lamaran Kamali. Lelaki yang menyukaiNya sehingga kini. 

MalangNya...Setelah diijab kabul, Kamali yang dianggap penyayang hanyalah dalam mimpi. Dilempang, ditendang, dihentak, dan tali pinggang selalu sahaja dilibas ke pinggangnya menjadi penemanNya setiap hari. Kerana takut, Adeena tidak berani membuka mulut untuk menceritakan keganasan suamiNya kepada orang lain. 

Sedikit demi sedikit masalah Adeena diketahui oleh Puan Zam iaitu ketuaNya. Puan Zam hanya mampu memberi nasihat kepada Adeena agar berani menyelesaikan segala masalah yang dihadapi antara Adeena dan suamiNya. Walaubagaimanapun, penyelesaian yang dicari hanya bala yang menimpaNya. Adeena dibawa ke hospital oleh Dr.Adib setelah beliau dipukul teruk sehingga pengsan oleh suami. 

Sejak itu, segala kisah kehidupan Adeena dengan Kamali diketahui oleh sahabat baiknya, Dr.Adib, parent Adeena dan Kamali. Maaf...Maaf...Maaf....itulah yang kata-kata yang dikeluarkan oleh emak Kamali & Kamali. Namun Adeen tidak akan berpatah balik dengan apa yang berlaku kepadaNya. Sakit kerana sayangNya kepada Kamali tidak sama dengan sakit yang dihadapi olehnya bermula dari Malam Pertama. Biarlah sakitnya berlalu pergi. Kerna kasihnya kepada Kamali tidak pernah putus. 

Perpisahan....Kamali melepaskan Adeena dan pergi mendapatkan perubatan dengan pertolongan Dr.Adib. Dan Adeena diberi kebenaran oleh Kamali untuk berkahwin dengan Dr.Adib. Kamali tahu bahawa Dr.Adib sangat mencintai Adeena. 

Perkahwinan...itulah yang diidamkan oleh Dr.Adib. Perkahwinannya dengan Adeena. 

Sekian....

*    *    *    *    *    *    *    *    *    *

Penulis yang berjaya menitiskan Airmata sy, walaupun baru jumpe & bace novel nie. 
U're the best novelist Lily Haslina Nasir

If jumpa puan, satu je sy nk cakap. Terima Kasih. Terima Kasih sebab mengajar sy sedikit sebanyak mengenai keganasan rumah tangga, walaupun saya belum lagi berkahwin. Assalamualaikum.
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers