“Ucapkan sekali saja dan akan kusimpan di sepanjang hayatku”
Saya
memang enjoy baca buku ni. Yang lambat habis tu bukan sebab slow ker
apa tapi I’ve been sooooooooo busy, sibuk dengan kenduri kahwin akak.
Time lewat mlm je bwu nk bce. N mate mula la ngantok, bersambung bce
pada ari esok yer. Last...pas abeh kenduri, saya baru dpt masa weekend
baru dpt habiskan.
Dalam
novel ini menceritakan kisah dua insan yg jatuh cinta tapi tak
melafazkannya. Banyak la jugak perkara yg mungkin dpt dielakkan
sekiranya diorang ni awal2 dah declare perasaan masing2 but then nanti
tak la jadi cerita pulak. Secara ringkas, kisah ni tentang Erina yang
terbuang dari kampung sendiri kerana fitnah dan diaibkan. Dia bekerja
dgn Haikal. Pertemuan pertama mereka menjadikan Haikal terkedu kerana
Erina sangat iras dgn adiknya Hanna yg meninggal dunia dlm kemalangan
jalanraya atas kecuaiannya dirinya. Sesalannya terubat bile hadirnya
Erina bt Kamarudin.Ntah bila kemesraan mereka bertukar menjadi cinta
tapi kedua2nya masih keliru dgn perasaan sendiri.
Haikal
diminta menunaikan janji kpd Juliana dan Erina mula menjauhkan diri
apabila Haikal bertunang. Haikal tahu Juliana sudah berubah hati namun
janji tetap mesti ditunaikan. Erina bertindak menerima cinta Razwan utk
mengelak syak wasangka Juliana (kecian kan Erina, die terpaksa
bersetuju atas lamaran Razwan dsbbkan tidak mahu Haikal bertukar cinta
kepadanya dan sbb die sayangkan Haikal sgt2). Perkahwinannya dgn Razwan
di pelamin yg dibina utk Haikal adalah sangat tidak disangka-sangka.
Erina mahu bahagia dgn Razwan tapi Razwan ada rahsia hitam yg menyiksa
hidup dan batin Erina. Erina menjadi mangsa deraan Razwan. Erina nekad
utk membebaskan diri dari Razwan apabila menyaksikan sendiri Razwan
memadu asmara dgn orang lain, lebih2 mengecewakan lagi apabila ’orang
lain’ itu adalah bekas tunangan Erina (Zamri), anak kpd lelaki yg
menfitnah Erina. Ketika Erina terkapai-kapai memerlukan bantuan, Haikal
hadir utk membantunya tapi Erina tahu sampai bila2 pun dia tak akan
dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn orang sebaik
Haikal. Perasaannya disimpan kejap dlm hatinya.
Serumah
dgn keluarga Haikal menjadikan dirinya bahan umpatan. Haikal mampu
tersenyum apabila ibu dan bapanya sendiri mahu Erina menjadi menantu
mereka tetapi Erina ada alasan sendiri utk menolak. Namun apabila
Haikal menjauhkan diri, Erina pula menanggung rindu.
Mengenali
lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam
dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu
makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya
bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki.
Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!
Lantas,
Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu
tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar
selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta
tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu,
bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah
membuatnya bahagia.
Aduhai
perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus
merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah
terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan
dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI
untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan
hati terus terluka...
Terbaek...