Sunday, January 29, 2012

Biru Ungu Cintaku



 

Cintaku Tak Pernah Bohong Walaupun Kau Salah Ertikannya…

Dalam cerita ada tersingkap drama...

Cerita novel ini menarik, sbb kisah mengenai seorang suami yang kuat sgt cemburu. Bagi mencari seribu satu jawapan, dia hilang kan diri dari isteri dan anak-anaknya. Siti Julia, isterinya, menjaga anak-anak tirinya seperti anaknya sendiri kerna sebuah kasih sayang antara dia dengan suaminya tercinta, Faeriz Syakim xpernah hilang. Walaupun dibiarkan isterinya begitu sahaja. Hanya kerna cemburu.

Berulang kali isterinya diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam. Isterinya terpaksa bertarung nyawa demi anak-anaknya. Julia tidak pernah tahu mengenai kisah hidup suaminya dulu dan dia juga tidak pernah berdendam dengan sesiapa pun, dan dia tidak pernah berbuat jahat dengan orang lain. Setiap tingkah laku nya setiap hari diketahui oleh kakaknya, Jesnita (tempat dia mengadu). Dan dengan itu kasih sayang dan rindu pada suaminnya tidak pernah lari. Dia berdoa setiap hari, mendoakan agar suaminya pulang ke pangkuan nya. Dia tidak tahu mana silapnya. Adakah disebabkan sekeping gambar yang jatuh dari wallet suaminya yang ditegurnya? Atau surat-surat cinta yang ditemui oleh suaminya di dalam kereta Julia?

Cemburu suaminya Julia bertambah dengan kehadiran seorang jejaka yang meminati Julia ketika di IPT, Dr. Qairul. Cemburu Syakim bertukar marah apabila Dr. Qairul mengaku suami kepada Julia dan anak-anaknya. Berdendam Syakim dengan Dr. Qairul. Dalam diam sebenarnya, ia hanyalah drama akaknya, Jesnita. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu! Dr. Qairul dan Jestina adalah pasangan kekasih.

Syakim yang selama ini cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai ‘Prince William’ di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?

Tambah lagi kisahnya dengan hadirnya Sonia, setiausaha rahsia Syakim. Sonia dalam diam jatuh cinta kepada Syakim. Tapi cinta nya beralih dengan kehadiran Hadi Iskandar. Hadi yang melamarnya semasa pertemuan beberapa jam, semasa ulang tahun kelahiran Sonia kerna rupanya Sonia serupa dengan kekasih lamanya dulu, Latina.

Kisah ini ditambah dengan kisah silam Datuk Salam, mengenai isterinya Mila Mirna. Bekas Isteri Syakim, Maya Indah dan abang Maya, Ishak. Dendam dan drama bertambah di sini dan dan kisah hidup yang berkait.

Love it. Selamat Membaca...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers