Petikan
Babak 43
.........
"Kuman di seberang laut awak nampak, gajah di depan mata wak tak nampak. Hei, lihat keluarga wak dulu sebelum membuat penilaian terhadap keluarga saya. Siapa mak ayah awak? Apa, baik sangat perangai mereka? Bertanggungjawabkah mereka terhadap anak-anak?"
.........
"Apa maksud awak Mir?"
"Mir menghina Lea."
........
"Bukan hinaan Lea, tapi kenyataan!"
........
Babak 58
.......
"Cinta saya pada awak, bagaikan pelangi! Indah dengan warnanya. Kita sentiasa mengharapkan agar panas sampai ke petang tapi kadangkala gerimis melanda di tengah hari. Biarpun demikan, pelangi tidak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang. Begitulah cinta saya pada awak Mir. Biarpun terluka tapi cinta saya tetap ada untuk awak. Sampai bila-bila!"
......
"Macam tu sekali sayang awak pada saya Lea."
......
Sinopsis
Kisah
silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan
tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal
dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa. Lea Haryani
tidak begitu senang hati dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang
dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada - ada
sahaja yang kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka
mengungkit asal - usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil
untuk berhadapan dengan masyarakat.Setelah dewasa dan berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa - bawa
hinggakan ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat
melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.Emir Safwan yang satu kuliah
dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara
dilakukan Emir Safwan untuk memikat Hati Lea Haryani namun tidak
berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani
dipertemukan dengan Emir Safwan.Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan
Lea Haryani dan menyuruhnya anaknya itu memilih Syamen, anak Datin
Jawaher. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar - benar
menyintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang
telah luka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah
harga yang harus dibayarkan untuk satu kemaafan.?
Hak milik: Zainab Toib (in) - My best Fren
Hak milik: Zainab Toib (in) - My best Fren