Saturday, June 2, 2012

Tak Semanis Impian


Kata-kata manis Norseha kepada Razif di atas sekeping kad:
         
Aku bagai pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari. Menanti air laut membasahi, ketika sang mentari membakar dan mengeringkan tubuhku. 
          Aku bagai pasir pantai yang mengharap ombak, menggerak dan mengalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari keinginan. 
          Dimanakah  kau ketika aku terkapar kesepian, dibalut rindu, didera luka yang amat dalam?
          Kekasih, kaulah air dan ombak yang sangat kudambakan. Hadirmu bagai titisan embun menyegarkan kelopak bunga-bungaan. Sang embun itu adalah cintamu yang sangat kuharapkan. Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan. Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagiaan. 
          Kekasih, jika sewaktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahmu, panggillah namaku, kerana di situ ada cinta, ada rindu yang sangat mengharap balasan kasihmu.

Best klo bace ayat nie. Tp saya xreti nk mengarangnya. Sbb xde perasaan cinta macam Norseha nie. Begini ker, klo owg bercinta??
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers