SOTO AYAM
Bahan Untuk Kuah Soto:-
2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan
2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup "ADABI"
1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Bahan Kisar Halus:-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
Bahan Lada Kicap:-
10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis
Bahan2 Lain:-
Nasi Impit
Tauhu, goreng dan dihiris
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel (resipi dibawah)
Kacang tanah goreng
Cara membuat kuahnya:-
- Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis & goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus & kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup & rempah kurma, tuang sedikit air & kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.
- Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai & lengkuas titik. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 3 - 4 liter. Masukkan 1 camca teh garam & masak dgn api sederhana. Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
- Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing. Angkat, toskan & bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.
- Penyedian Soto:- Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh. Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang & akhir sekali lada kicap (jika suka).
- Untuk Lada Kicap:- Tumbuk cili padi & bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis & gaul rata.
BEGEDEL
Bahan-bahannya:-
5 biji kentang
1/2 cawan bawang goreng
1 camca besar hirisan daun sup
1 camca besar hirisan daun bawang
1 camca teh rempah sup "ADABI"
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
Sedikit tepung gandum untuk menyalut begedel
1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu
Cara membuatnya:-
- Kentang dipotong bulat dan goreng hingga empuk. Angkat dan toskan. Lenyek hingga lumat. Kemudian masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur dan tepung gandum. Gaul hingga rata.
- Ambil adunan tadi (anggaran 1 camca teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dgn tepung gandum dan letak dalam satu bekas. Buat hingga habis.
- Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) lebih kurang 1/3 kuali. Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan. Gunakan api sederhana. Goreng hingga habis. Toskan atas paper towel.
Sumber : DapurTanpaSempadan