Kerana Cinta Aku Ingin Hidup...Kerana Cinta Juga Aku Sanggup Mati!
Lame
sangat saya simpan novel ini. Dari first day pinjam 16/1/2012 hingga
nak naek sem baru nie. Terasa bosan, malas and nervous nk naek sem baru
nie - baru la terfikir nk bace novel yang sekian lame dipinjam sampai
buat renew kat library lagi. Ermmm....baru nk bace. Rasa menyesal sgt2.
Huhuhu...Nape la saya xbace novel ini masa first date. Ini sebab kawan
la, yang kate RAM tulis novel triller yg kurg menarik (salah kan kawan
lak). Ermmm...kawan saya salah tafsir. This is the best triller Novel
and ada love story too. The best.....best....best....Muah.
Bile
saya start je baca novel ini...memang tak lepas la. Yela baru pertama
kali baca kisah thriller homoside yg penuh tanda tanya dan ada kisah
cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan. The twist in the tale yg
dimainkan di sini memang menarik dan ada part-part yang kita tak dapat
teka langsung kebenarannya.. kisah ini seolah olah ada dua cerita tapi
semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan
ada kesinambungan. RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang
popular iaitu percintaan selepas perkahwinan. Selain dr itu resepi buat
roti canai pon ada jugak! (^_^).
Kisah ni bermula
kematian seorang lelaki bernama Lukman. Penuh dengan tanda tanya. Sapa
Lukman itu?? Dan kisah ini bersambung dengan kes pembunuhan Datuk
Abdullah, bapa angkat Luqman. Luqman menggalas tanggungjawab di
pejabat. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman sebagai suspek
utama pembunuhan. Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta
dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu
Adelia jatuh cinta padanya, bukan harta bendanya. Tetapi Adelia sudah
punya pilihan hati, (Hady yang menjadi penghalang Luqman untuk
mendapatkan cinta Adelia) kerana ketelanjuran janji Adelia pada
keluarga (iaitu akan menerima pinangan sesiapa saja yang masuk
meminangnya), pinangan Luqman terpaksa diterima walaupun tidak mencintai
Luqman dan kerna kesihatan ayahnya (huhuhuhu sempat ayah Adelia buat
drama lawak time nie...berlak0n sakit depan Adelia...kelaka sgt)
Laila
pula terperangkap dalam dunia pelacuran setelah dijual oleh teman
lelakinya sendiri. She end up dgn orang2 yang diupah membunuh Datuk
Abdullah (Subra,Jimmy dan Jay aka Jamil, adik Khalid), mereka berniaga
dadah dan perempuan. Laila berjaya menitipkan clue kpd pihak polis
tetapi terperangkap sbg pemuas nafsu kpd Jay supaya dpt bersembunyi
daripada Subra dan Jimmy yg boleh membunuh bila2 masa saja.
Menarik
juga bila Laila sebenarnya anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman,
wanita tua itu rupa2nya ibu tiri Luqman. Luqman dapat tahu mengenai
Makcik Junah adalah Mak Tirinya semasa melawatnya di hospital dsebabkan
batuk. Tapi selepas dikematiannya, Luqman dapat tahu bahawa die
menghidap barah. MakCik Junah adalah isteri pertama sebelum suaminya
mengkahwini Khadijah, mak Luqman. Kerana sikap cemburunya terhadap
Khadijah setelah menimang anak. Dia mengambil Luqman, anak Khadijah dan
diletakkan di hadapan pintu masuk Rumah Anak-anak Yatim. Khadijah jadi
gile dengan kehilangan anaknya, Luqman sehingga dimasukkan ke hospital
jiwa manakala hidup suaminya tidak keharuan sehingga pergaduhan yang
berlaku menyebabkan berlakunya pembunuhan lalu dihukum gantung. Semuanya
disebabkan perbuatan Junah.
Kisah menyakitkan hati
Luqman apabila Adelia meminta cerai daripada Luqman dan cuba menyakitkan
hati Luqman dengan berjanji untuk keluar makan bersama Hady dan dengan
kebetulannya Luqman singgah ke bandar untuk membeli barang, Luqman
ternampak isterinya bersama dengan Hady. Hati Luqman yang mahu
menyayangi isterinya....punah didepan matanya. Semasa Adelia dalam
perjalanan pulang di kesibukan kota, die dengan tiba-tiba diculik oleh
pembunuh Datuk Abdullah (Subra dan Jimmy) yang baru saja selesai
merompak satu bank di Klang. Adelia mula terasa dirinya diuji oleh Allah
kerna sikapnya terhadap suaminya sendiri, Luqman.
Penculikan
Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai. Adelia
mendapat tahu bahawa Subra dan Jimmy yang membunuh bapa metuanya, Datuk
Abdullah. Luqman ke KK bagi mencari ketenangan. Laila yang dijual oleh
Lawrance sebenarnya adik Luqman. Kesian kat Laila sbb xdpt jumpa dengan
mak dia, Semasa dia pulang ke rumanhnya, dia baru mengetahui emaknya
sudah sebulan meninggal dunia. Tambah lagi kisah Laila jumpa gambar Jay
dibilik Encik Khalid semasa bekerja sebagai tukang cuci, yang
menggantikan tempat emaknya, Makcik Junah. Dan secara kebetulan
terserempak dengan Inspektor yang menyiasat kematian Datuk Abdullah.
Plus
lagi....opening untuk cerita ini. Antara Luqman dan Lukman. Siapakah
mereka? Lukman meninggal disebabkan barah otak yang diketahui oleh
Luqman dan ingin merawatnya di KL. Tp ajal menimpa Lukman dan tidak
sempat untuk Luqman (aka Agus) menghantarnya ke hospital untuk dirawat.
Pencarian Luqman oleh Adelia sehingga menemui janji-janji Luqman. Adelia
mencari ibu kandung Luqman, dan adik kandungnya. Dan Adelia sedia
membantu Luqman melaksanakan "Satu Janji". Plus lagi pertemuan Luqman
dan Laila. Plus accident tembak penembak semasa dalam perjalanan untuk
menemui emak Luqman. Plus Luqman cedera dijantung. Debaran demi debaran.
Adakah Luqman, pelakon utama dalam Novel ini akan mati? Huhuhu...sgt
menarik. And the end with Happy Ending. Muhammad Lukman bin Luqman.
terbitan alaf 21 sdn bhd
sinopsis belakang buku:
Balas
dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan,
air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu
janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi
pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab
jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha.
Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati
Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman
akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit
untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang
telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji
yang pernah terungkai.
RM 19.90
568 muka surat