Friday, February 17, 2012

I'm Fall in Love with Ramlee Awang Murshid because of "Satu Janji"



Kerana Cinta Aku Ingin Hidup...Kerana Cinta Juga Aku Sanggup Mati!

Lame sangat saya simpan novel ini. Dari first day pinjam 16/1/2012 hingga nak naek sem baru nie. Terasa bosan, malas and nervous nk naek sem baru nie - baru la terfikir nk bace novel yang sekian lame dipinjam sampai buat renew kat library lagi. Ermmm....baru nk bace. Rasa menyesal sgt2. Huhuhu...Nape la saya xbace novel ini masa first date. Ini sebab kawan la, yang kate RAM tulis novel triller yg kurg menarik (salah kan kawan lak). Ermmm...kawan saya salah tafsir. This is the best triller Novel and ada love story too. The best.....best....best....Muah.

Bile saya start je baca novel ini...memang tak lepas la. Yela baru pertama kali baca kisah thriller homoside yg penuh tanda tanya dan ada kisah cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan. The twist in the tale yg dimainkan di sini memang menarik dan ada part-part yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya.. kisah ini seolah olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada kesinambungan. RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan. Selain dr itu resepi buat roti canai pon ada jugak! (^_^).

Kisah ni bermula kematian seorang lelaki bernama Lukman. Penuh dengan tanda tanya. Sapa Lukman itu?? Dan kisah ini bersambung dengan kes pembunuhan Datuk Abdullah, bapa angkat Luqman. Luqman menggalas tanggungjawab di pejabat. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman sebagai suspek utama pembunuhan. Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya, bukan harta bendanya. Tetapi Adelia sudah punya pilihan hati, (Hady yang menjadi penghalang Luqman untuk mendapatkan cinta Adelia) kerana ketelanjuran janji Adelia pada keluarga (iaitu akan menerima pinangan sesiapa saja yang masuk meminangnya), pinangan Luqman terpaksa diterima walaupun tidak mencintai Luqman dan kerna kesihatan ayahnya (huhuhuhu sempat ayah Adelia buat drama lawak time nie...berlak0n sakit depan Adelia...kelaka sgt)

Laila pula terperangkap dalam dunia pelacuran setelah dijual oleh teman lelakinya sendiri. She end up dgn orang2 yang diupah membunuh Datuk Abdullah (Subra,Jimmy dan Jay aka Jamil, adik Khalid), mereka berniaga dadah dan perempuan. Laila berjaya menitipkan clue kpd pihak polis tetapi terperangkap sbg pemuas nafsu kpd Jay supaya dpt bersembunyi daripada Subra dan Jimmy yg boleh membunuh bila2 masa saja.

Menarik juga bila Laila sebenarnya anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman, wanita tua itu rupa2nya ibu tiri Luqman. Luqman dapat tahu mengenai Makcik Junah adalah Mak Tirinya semasa melawatnya di hospital dsebabkan batuk. Tapi selepas dikematiannya, Luqman dapat tahu bahawa die menghidap barah. MakCik Junah adalah isteri pertama sebelum suaminya mengkahwini Khadijah, mak Luqman. Kerana sikap cemburunya terhadap Khadijah setelah menimang anak. Dia mengambil Luqman, anak Khadijah dan diletakkan di hadapan pintu masuk Rumah Anak-anak Yatim. Khadijah jadi gile dengan kehilangan anaknya, Luqman sehingga dimasukkan ke hospital jiwa manakala hidup suaminya tidak keharuan sehingga pergaduhan yang berlaku menyebabkan berlakunya pembunuhan lalu dihukum gantung. Semuanya disebabkan perbuatan Junah.

Kisah menyakitkan hati Luqman apabila Adelia meminta cerai daripada Luqman dan cuba menyakitkan hati Luqman dengan berjanji untuk keluar makan bersama Hady dan dengan kebetulannya Luqman singgah ke bandar untuk membeli barang, Luqman ternampak isterinya bersama dengan Hady. Hati Luqman yang mahu menyayangi isterinya....punah didepan matanya. Semasa Adelia dalam perjalanan pulang di kesibukan kota, die dengan tiba-tiba diculik oleh pembunuh Datuk Abdullah (Subra dan Jimmy) yang baru saja selesai merompak satu bank di Klang. Adelia mula terasa dirinya diuji oleh Allah kerna sikapnya terhadap suaminya sendiri, Luqman.

Penculikan Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai. Adelia mendapat tahu bahawa Subra dan Jimmy yang membunuh bapa metuanya, Datuk Abdullah. Luqman ke KK bagi mencari ketenangan. Laila yang dijual oleh Lawrance sebenarnya adik Luqman. Kesian kat Laila sbb xdpt jumpa dengan mak dia, Semasa dia pulang ke rumanhnya, dia baru mengetahui emaknya sudah sebulan meninggal dunia. Tambah lagi kisah Laila jumpa gambar Jay dibilik Encik Khalid semasa bekerja sebagai tukang cuci, yang menggantikan tempat emaknya, Makcik Junah. Dan secara kebetulan terserempak dengan Inspektor yang menyiasat kematian Datuk Abdullah.


Plus lagi....opening untuk cerita ini. Antara Luqman dan Lukman. Siapakah mereka? Lukman meninggal disebabkan barah otak yang diketahui oleh Luqman dan ingin merawatnya di KL. Tp ajal menimpa Lukman dan tidak sempat untuk Luqman (aka Agus) menghantarnya ke hospital untuk dirawat. Pencarian Luqman oleh Adelia sehingga menemui janji-janji Luqman. Adelia mencari ibu kandung Luqman, dan adik kandungnya. Dan Adelia sedia membantu Luqman melaksanakan "Satu Janji". Plus lagi pertemuan Luqman dan Laila. Plus accident tembak penembak semasa dalam perjalanan untuk menemui emak Luqman. Plus Luqman cedera dijantung. Debaran demi debaran. Adakah Luqman, pelakon utama dalam Novel ini akan mati? Huhuhu...sgt menarik. And the end with Happy Ending. Muhammad Lukman bin Luqman.


terbitan alaf 21 sdn bhd
sinopsis belakang buku:

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

RM 19.90
568 muka surat
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers