Tuesday, February 7, 2012

Adam & Hawa




Tak Usah Diucap, Tak Usah Dilafaz...Aku Dah Mengerti Bahasa Cintamu

Kisah Hidup AIN HAWANI, yang baru saja tamat SPM. Sepajang menunggu keputusan utk melanjutkan pengajian die. Ain bekerja di tadika bagi membantu masa pengajian yer kelak. Dia tahu, dia bukan dari kalangan owg yg berada. Ain bertemu dgn Adam Mukhriz, buat pertama kali. Adam Mukhriz, adik Kak Zah, pengetua di Tadika. Minat Adam terhadap Ain mula mekar tp............ zaman solo Ain ternoktah pada usia remaja kerana dia termasuk dalam jerat Dee, kekasih Adam yang ingin membalas dendam atas Adam. Rayuan bahawa Ain tidak bersalah tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... Hati Ain berubah setelah diketahui nafkah yg Adam beri tanpa pengetahuannya. Hati Ain berubah juga setelah kehilangan Johan, lelaki yg rapat dengan nya dan curang di blkgnya. Hanya kerana kwn baiknya Azie jatuh cinta dengan Johan. Dan dengan itu, kisah Cinta Ain & Adam bermula....till the end
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers