Monday, July 9, 2012

Seharum Wangian Syurga



Best kisah novel ini....tapi saya xbace part konflik. Sebab buat pertama kali saya xde sebarang semangat tuk terima fitnah seorang ustaz muda, Aliff. Oleh itu, seribu satu kesabaran diperlukan untuk bace novel ini. Tapi saya xboleh nk teruskan yer, sbb terlalu hina bagi saya.

Sinopsis:

ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya diputuskan kerana fitnah. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau.

Sebuah Perkahwinan...............

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk menunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah.

Akhirnya, mereka diijab kabul untuk bersama. Ini adalah jodoh mereka berdua. Kerna Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers